Siakap Keli

”Dibunuh, Dilapah Sebelum Tengkorak Disimpan,” Ini Pembunuhan Paling Seram Pernah Menggemparkan Dunia

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kes pembunuhan ini menjadi antara kisah paling seram yang pernah menggemparkan dunia. Pelakunya seorang individu digelar sebagai manusia yang paling gila apabila memperlakukan kesemua mangsa dengan kejam.

Mangsa seramai 17 orang dibunuh sebelum mayatnya diperlakukan secara seksual. Kemudian, mereka semua dilapah dan ada di antara mangsa yang digerudi tengkorak kepala secara hidup-hidup. Ngeri dan sangat menyeramkan!

Ikuti perkongsian seperti di bawah. Moga dapat dijadikan peringatan kepada semua agar tidak mudah mempercayai mereka yang baru dikenali. Ini kerana setiap mangsa yang diperlakukan oleh pembunuh ini bukanlah kenalan rapat tetapi baru sahaja berkenalan.

Khas buat anda yang ‘mudah’ dijemput org lain ke rumah.

”Bermodalkan 50$, mangsa dibawa pulang ke rumah sebelum diberi pil khayal, kemudian dibunuh dengan kejam. Mayat dilapah, dibuang sebelum tengkorak & rangka mangsa disimpan bagi tujuan kepuasan seksual luar tabiinya.”

Peringatan buat semua yang mudah berjumpa dan sudi masuk ke rumah orang yang baru dikenali

Disebabkan viral tentang isu mudahnya orang kita sekarang berjumpa dan sudi masuk ke rumah orang yang baru dikenali, aku berminat untuk upload semula thread yang pernah aku buat dulu (old account) sebagai peringatan buat kita semua. Bahaya tak mengenal siapa dan bila masanya.

Jeffrey Dahmer mempunyai seni pembunuhan yg tersendiri dan melakukan pembunuhan mengikut aturan yang ditentukan sendiri. Mangsanya adalah lelaki. Modus operandinya, memperdaya mereka untuk sesi gambar lucah atau hubungan seks sejenis sebelum memenggal dan melapah mereka.

Pembunuh seorang yang pemalu dan pendiam

Dilahirkan pada 21 May 1960, Jeffrey semenjak kecil rasa tersisih dari ibunya sendiri. Dengan kelahiran adiknya, David membuatkan Jeffrey berasa ibunya tidak pernah kisah dan ambil berat tentang dirinya. Ayahnya pula ibuk melanjutkan pengajian ke peringkat phD dlm bidang kimia.

Jeffrey seperti diberitahu oleh ayahnya melalui laporan penyiasatan merupakan seorang yang pemalu dan pendiam. Mereka sekeluarga kerap berpindah randah. Jeffrey pernah menjalani pembedahan hernia ketika kecil.

Sebaik sahaja melangkah ke alam persekolahan (high school), Jeffrey hilang fokus dalam belajar. Personalitinya yang pendiam dan pemalu telah bertukar menjadi ceria dan kaki sakat. Dia terkenal di sekolah atas kegemarannya mengenakan prank. Dia juga sudah mula menjadi pemabuk.

Dia mula menyeludup minuman keras ke sekolah. Pernah beberapa kali ditegur dan dihukum oleh pihak sekolah atas kegiatannya namun dia tidak peduli. Ketagihan alkohol telah menyebabkan prestasinya merudum namun ada guru yg melihat Jeffrey sebenarnya kurang perhatian.

1978, ibu dan bapanya bercerai. Oleh sebab Jeffrey sudah berusia 18 tahun, dia tidak diwajibkan utk diletakkan di bawah jagaan ibu atau ayahnya. Dia tinggal berseorangan dan menjadikan emosi dan mentalnya semakin tersisih. Namun disinilah bermula kegilaannya.

Pembunuhan pertama

18 June 1978 : pembunuhan pertama Jeffrey mempelawa seorang lelaki berusia 19 tahun, Steven Mark Hicks ke rumah untuk minum beer. Sebaik sahaja Steven maklumkan hasrat untuk beredar pulang, Jeffrey terus menghentam Steven dengan barbell.

Selepas Steven rebah, Dahmer terus mencekik Steven menggunakan batang barbell sehingga mati. Dalam keterangannya, dia pada asalnya tiada niat utk membunuh Steven. Namun dia inginkan teman dan apabila Steven hendak beredar pergi, dia ingin ‘hentikan’ Steven dari berbuat demikian.

Hobi lama mengumpul bangkai serangga

Kekejaman tidak berhenti setakat itu. Hobi dan kegemaran lamanya mengumpul bangkai serangga dan haiwan sebelum diceraikan badan mereka kembali merasuk Jeffrey. Ditambah lagi ilmu ‘membersihkan’ daging dari tulang diperoleh dari ayahnya, ahli kimia melengkapkan ghairah Jeffrey.

Sebelum aktiviti kegilaan melapahnya, Jeffrey mengaku telah menghentam Steven di bahagian belakang kepala sebanyak dua kali. Selepas mati, mayat Steven dibogelkan sebelum Jeffrey lakukan onani ke atas mayat Steven bagi melegakan gelodak nafsunya.

Mencairkan daging mangsa menggunakan asid

Kemudian, mayat Steven disorokkan pada bahagian tersembunyi di rumahnya. Beberapa minggu kemudiannya, dia mengorek keluar semula mayat Steven sebelum ambil keputusan untuk ‘mencairkan’ daging Steven menggunakan asid sebelum dibuang dalam lubang najis. Tulangnya dihancurkan.

Beberapa minggu selepasnya, ayahnya pulang ke rumah bersama isteri baharu. Jeffrey kemudiannya mendaftar ke Ohio State University. Namun, prestasinya sangat mendukacitakan. Dia hanya berada di sana sekitar 3 bulan sahaja. Seterusnya dia ke perkhidmatan ketenteraan.

Di sana, beliau tidak menunjukkan prestasi yang membanggakan. Malahan masih meneruskan kegiatan seks sejenis. Seorang ahli di sana mendakwa Jeffrey telah meliwatnya beberapa kali. Jeffrey telah dikeluarkan dari kem latihan dan seterusnya mencuba pelbagai jenis pekerjaan.

Dihantar tinggal bersama nenek

Ayahnya kemudian menghantar Jeffrey untuk tinggal bersama neneknya di West Allos, Wisconsin dgn harapan supaya ketagihan alkoholnya dapat diubati. Di sana, Jeffrey menunjukkan perubahan, rajin membantu neneknya. Juga berjaya mendapatkan pekerjaan namun berhenti.

Selama 2 tahun Jeffrey tidak bekerja dan bergantung kepada duit belanja yang diberikan oleh neneknya. Dalam tempoh ini, dia beberapa kali ditahan akibat mabuk dan juga perbuatan kurang sopan di khalayak (berbogel di khalayak dan onani di hadapan kanak-kanak).

Dia kemudiannya semakin aktif dalam aktiviti seksual dan sering mengunjungi bath house. Sering bertukar-tukar pasangan sejenis. Dalam kesaksiannya, dia berasa tidak puas apabila pasangan seksualnya bergerak. Hal ini kerana dia memandang manusia sebagai objek semata-mata.

Cuba gali mayat lelaki bagi tujuan seksual

Pernah dia cuba menggali keluar mayat seorang remaja lelaki 18 tahun selepas tahu berita pengebumian lelaki itu bagi tujuan seksual. Dia batalkan rancangan tersebut oleh sebab terlalu leceh untuk menggali semula.

Mangsa kedua

November 1980 : Seorang lelaki berusia 25 tahun, Steven Tuomi telah mati dibunuh oleh Jeffrey. Jeffrey dlm keterangannya mengatakan tiada niat untuk membunuh Tuomi. Dia hanya ingin mengkhayalkan Tuomi sebelum meliwatnya dalam keadaan Tuomi yang pengsan dan tidak sedar.

Namun keesokan paginya, Tuomi dalam keadaan lebam dan berdarah. Dia tidak ingat apa-apa. Buku limanya juga lebam tanda dia telah mengasaei Tuomi pd malam sebelumnya. Mayat Tuomi mesti dihapuskan. Dia membawa satu beg besar bagi mengisi mayat Tuomi sebelum dibawa ke rumah neneknya.

Penggal kepala, lengan dan kaki diceraikan dari badan

Selepas kira-kira seminggu, dia memenggal kepala, lengan, kaki, diceraikan dari badan. Dagingnya dipotong kecil, tulangnya dihancurkan. Proses mengambil masa kira-kira 2-3 jam sebelum kesemuanya dibuang dalam tempat pembuangan sampah. Namun kepala disimpan dan dibalut dalam selimut.

Kepalanya kemudian direndam dalam larutan Soilex bagi menceraikan isi daging daripada tengkorak. Tengkorak tersebut digunakan bagi rangsangan ketika onani.

Bertitik tolak daripada ini, dia semakin aktif mengunjungi gay bar dan pelbagai lagi pusat aktiviti seks bagi mencari mangsa. Ketagihannya sudah tidak dapat dibendung. Antara mangsanya termasuk pelacur lelaki yang dibayar sebanyak $50 bagi tujuan gambar bogel, namun dibunuh.

Menyimpan kepala dan kemaluan mangsa

Mangsa seterusnya adalah Anthony Sears yang dianggap paling menarik di mata Jeffrey. Jeffrey menyimpan kepala dan kemaluan Anthony sangat lama dan sentiasa membawa kepala dan kemaluan yang telah diawetkan dengan acetone itu ke mana-mana. Bahagian badan lain dilapah dan dibuang.

Mangsa seramai 17 orang

Terlalu ramai mangsa Jeffrey. Dilaporkan seramai 17 orang. Semuanya diperdaya untuk aktiviti seksual dgn sedikit bayaran. Dikhayalkan sebelum dibelasah dan dibunuh. Kemudian mayat dilapah sebelum tengkorak setiap mangsa disimpan.

Eksperimen gila menggerudi tengkorak mangsa yang masih hidup

1991 : eksperimen gila Jeffrey telah mencuba satu eksperimen gilanya. Dia memperdaya Errol Lindsey yang berusia 19 tahun. Selepas Errol pengsan, dia menggerudi tengkoraknya dan diisi dengan hydrochloric acid. Errol kemudian terjaga dan mengadu sakit kepala.

26 May 19)1 : Jeffrey sekali lagi memperdaya seorang pemuda berusia 14 tahun, Konerak dengan sedikit wang bagi sesi fotografi bogel. Pemuda tersebut bersetuju dan dia diberi pil tidur sebelum kepalanya digerudi dan diisi dengan hydrochloric acid. Jeffrey hampir kantoi ketika ini.

Dia keluar dari apartmentnya bagi membeli beberapa botol beer tanpa sedari Konerak berjaya meloloskan diri. Dia melihat Konerak berada bersama 3 wanita yang lain dalam keadaan bogel. Wanita tersebut menelefon pihak polis.

Pihak polis tiba dan Jeffrey dgn segera memikirkan helah. Dia mengaku Konerak adalah teman lelakinya yang berusia 19 tahun dan dalam keadaan mabuk. Pihak polis percayakan Jeffrey sebelum mengiringi mereka berdua ke apartment Jeffrey.

Pihak polis ada terhidu bau busuk tapi tidak mengesyaki apa-apa. Jeffrey menyerahkan gambar polaroid intim yg diambil sebelumnya bersama Konerak membuktikan mereka pasangan kekasih dan Konerak mabuk ketika itu. Polis percaya dan beredar.

Suntik ‘Hydrochloric Acid’ ke dalam kepala mangsa

Jeffrey seterusnya menyambung eksperimen gilanya dengan menyuntik lebih banyak lagi  Konerak yang membawa kepada kematiannya. Sikap pihak polis yg tidak mahu masuk campur hal peribadi telah mengorbankan nyawa Konerak yang baru berusia 14 tahun.

Selain Hydrochloric Acid, Jeffrey juga bereksperimen dengan mengisi kepala mangsanya dengan air panas menggelegak yang mengorbankan Jeremiah Weinberger yang koma kemudian mati dua hari selepas itu. Mayatnya dilupuskan dengan cara yang sama.

Kegiatan berjaya dibongkar

22 July 1991 : Tracy Edwards telah diperdaya untuk ke apartment Jeffrey. Jeffrey tidak menyangka yang Tracy adalah individu yang bakal membongkar kegiatannya. Tracy yang diugut dengan pisau dan gari berasa terancam yang amat sangat dan memikirkan cara untuk melepaskan diri.

Tracy memujuk Jeffrey dengan menyatakan dia akan bersama dengannya. Jeffrey yang leka kemudiannya telah menerima buku lima dari Tracy yang kemudiannya segera menghubungi pihak polis. Pihak polis tiba dan operasi menggeledah bermula. Polaroid, organ yang disimpan dijumpai.

Jeffrey didakwa dan mengaku kesemua pembunuhan yang dilakukannya. Ketika polis menggeledah rumahnya, dia sendiri menyatakan yang dia sepatutnya sudah patut mati ketika itu atas apa yang telah dilakukannya. Pakar mengesahkan Jeffrey waras.

 

Ketika disoal mengapa dia menyimpan tengkorak mangsanya, dia menyatakan dia sedang membina altar untuk dirinya, bagi tujuan meditasi dan berhubung dengan kuasa yang dapat dirasakan. Jeffrey dipenjarakan dan mula kembali kepada ajaran Kristiannya.

Jeffrey mohon untuk dibekalkan kitab Bibble dan dia kembali ke pangkal ajaran agamanya. Jadi apa penyudah Jeffrey ? Hanya dipenjarakan ? Tidak. Jeffrey mati dibunuh oleh rakan banduannya. Jeffrey yang sepatutnya diasingkan minta untuk dikumpulkan bersama banduan yang lain.

Dibunuh di dalam penjara

Masih ingat pembunuhan pertama Jeffrey ? Dia mencekik mangsa pertamanya dengan besi barbell. Nyawanya juga disudahkan dengan sebatang besi oleh rakan banduannya. Dia dibelasah dengan sebatang besi, kepalanya dihempas ke dinding beberapa kali. Jeffrey mati selepas 1 jam dirawat.

Jeffrey maklumkan hasrat supaya mayatnya dibakar dan tiada apa-apa upacara perlu dilakukan. Permintaannya ditunaikan dan abu mayatnya dibahagikan kepada ahli keluarga. Berakhirlah kisah pembunuh kejam Jeffrey Dahmer.

Jeffrey adalah seorang penjenayah yang unik. Kepuasan nafsunya dicapai ketika berhubungan dengan mangsa yang sudah mati. Kesemuanya diberi dadah sebelum dicekik, dibelasah, dikelar. Tengkorak mangsa adalah trofinya. Kebanyakan mangsa adalah dari kelab gay dan pelacur lelaki.

Kegilaan Jeffrey kekal menjadi legenda sehingga kini. Nak ikut seseorang pulang ke rumah atau ke mana-mana ? Hati-hati. Kita takkan tahu jika Jeffrey Dahmer boleh lahir semula dalam diri orang asing yang tidak kita kenali. Sekian.

Sumber : naufalantezem

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra