Siakap Keli

Individu Dakwa Sekolah Terima Bendera Terbalik, Ini Respon Menteri Pendidikan

Bersempena bulan kemerdekaan ini, boleh dilihat banyak bendera yang dipasang di seluruh kawasan termasuk di bangunan pejabat mahupun sekolah. Namun beberapa hari ini tular tentang isu pemasangan bendera secara terbalik yang menimbulkan kritikan di kalangan netizen.

Dan malam tadi, sekali lagi insiden yang sama terjadi apabila ada seorang individu yang memuatnaik gambar bendera terbalik di laman twitter. Individu berkenaan mendakwa bahawa ada pembekal yang telah menghantar bendera ke sekolah kawan adiknya. Namun semua bendera itu dalam keadaan terbalik.

Ciapan yang tersebar dalam sekelip mata itu nyata mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Ada juga yang mengatakan bahawa selalunya bendera ini dibekalkan dari negara luar jadi kebanyakan pembekal dari negara ini mungkin tidak sempat untuk memeriksannya dan terus dihantar ke sekolah.

Walaubagaimanapun, individu terbabit menambah bahawa guru di sekolah itu sudahpun membuat laporan polis berkaitan isu ini. Malah ciapan tersebut berjaya menarik perhatian Menteri Pendidikan Malaysia. Dr. Mazlee Malik yang segera memberi respon terhadapnya.

Mazlee Malik mengulang kicau ciapan berkenaan dan mengatakan bahawa pihaknya akan segera menyiasat perkara ini.

Di samping itu, warga net turut meminta supaya pihak bertanggungjawab mengambil tindakan yang tegas tentang isu bendera terbalik yang sering kali berlaku dua tiga minggu ini.

Harap Bertegas Dan Ambil Tindakan Sewajarnya

Gambar: Twitter
Gambar: Twitter
Gambar: Twitter

Sumber: Twitter

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)