Siakap Keli

Kisah Menyayat Hati, Anjing Setia Sampai Mati Terhadap Tuannya Yang Menderita Kanser Selama 8 Tahun

Stuart Hutchison berusia 25 tahun, berasal dari Alloa, Scotland, menghabiskan tempoh lapan tahunnya melawan tumor otak dan Nero, bulldog sentiasa menemaninya.

Seekor anjing yang setia, Nero mati 15 minit selepas tuannya, Stuart meninggal dunia kerana kanser otak.

Walaupun Stuart sudah menjalani pembedahan dan kemoterapi, kanser terus merebak hingga ke tulangnya.

Stuart meninggal dunia dirumahnya pada 11 Ogos lalu. Kemudian Nero pula menyusul mati 15 minit selepas itu.

Ibu kepada Stuart, Fiona Conaghan, 52 berkata, “Stuart meninggal dunia pada 1.15pm pada hari itu, dan Nero pula mati kira-kira 15 minit kemudian. Dia memiliki tiga ekor anjing, tapi dia lebih rapat dengan Nero.”

Stuart sebelumnya sudah berkahwin dengan Daniella, 22 pada Januari tahun ini, dan mula menjaga Nero yang baru berusia dua tahun ketika itu.

Fiona berkata, “Danielle kecewa kerana kehilangan keduanya, tapi dia tetap kuat menghadapinya.”

“Kami membawa Stuart pulang ke rumah 4 minggu yang lepas, kerana dia mahu meninggal dunia di rumah dengan alasan disana merupakan tempat dia dilahirkan dan kami merawatnya di rumah.” tambah Fiona.

Stuart dan Danielle bekerja sebagai pembantu farmasi. mereka telah bersama selama enam tahun lalu dan bertunang pada tahun 2017.

Ibu Stuart berkata, “Stuart sangat kuat, mempunyai peribadi yang penyayang , dan semua orang sayang dengannya.”

Sumber: Mirror

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)