Siakap Keli
Gambar: Wikipedia

Ada ‘Trick’ Nak Main Mesin ‘Claw’, Ini Fakta Disebalik ‘Kegagalan’ Korang

Mesin ‘claw’ sebenarnya memberikan banyak keseronokan kepada pemain dan ianya lebih menyeronokkan jika anda memenangi salah satu hadiah yang dipilih sendiri oleh anda. Sekiranya anda pernah terlibat dalam permainan ini, sudah pastinya anda mengetahui betapa sukarnya untuk memenangi hadiah yang terdapat dalam mesin tersebut.

Mesin ‘claw’ juga kadang-kadang memberikan harapan kepada pemain kerana ianya akan mencengkam hadiah pada peringkat awalnya, namun akan melepaskan saat hadiah tersebut diangkat. Pun begitu, kebanyakan golongan yang bermain permainan ini sukar untuk mengalah sehingga dapat memperolehi hadiah walaupun telah mengalami kerugian. Namun, disebalik kegagalan anda setiap kali mencuba permainan ini, terdapat beberapa faktor dan sebab mengapa sukar untuk memperolehi hadiah.

Tenaga cengkaman yang kuat pada sesuatu masa sahaja

Setiap kali gagal memperolehi hadiah, anda sudah pastinya menyalahkan jejari di dalam mesin tersebut yang tidak mencengkam dengan kuat. Namun, apa yang anda perlu tahu adalah kekuatan cengkaman jejari tersebut dipercayai telah diprogramkan.

Gambar: firelive.info

Tetapan cengkaman tersebut telah menyebabkan hanya beberapa orang yang bernasib baik sahaja memperolehi hadiah. Pemilik mesin juga boleh melaraskan ‘dropping skill’ dan memaksa pemain untuk melakukan beberapa percubaan untuk memperolehi hadiah.

Walaupun begitu, pemilik mesin juga perlu berhati-hati kerana tidak ada orang yang ingin memainkan permainan yang sia-sia sahaja. Disebabkan perkara itu, mereka akan memastikan beberapa orang akan memperolehi hadiah dan terus mempengaruhi orang lain.

Kenapa orang masih bermain ?

Walaupun sudah mengetahui bahawa permainan ini boleh menyebabkan kerugian, namun masih ramai yang ingin mencuba nasib bagi memperolehi hadiah yang dipamerkan di dalam cermin. Selain daripada harganya yang murah, permainan ini terus dimainkan berkemungkinan kerana kebanyakan orang terpengaruh pengalaman-pengalaman yang dikongsikan oleh orang sekeliling terutamanya di media sosial.

Gambar: Korea Bizwire

Selain itu, permainan ini terus dimainkan kerana perasaan tercabar di dalam diri terhadap keupayaan untuk memperolehi hadiah. Menjadi satu kebanggaan sekiranya kita dapat memperolehi hadiah daripada mesin tersebut setelah melakukan beberapa kali percubaan pada sebelumnya.

Walau bagaimanapun, pihak Mufti telah mengesahkan permainan ini sebagai haram kerana ianya melibatkan nasib seseorang. Oleh itu, umat Islam dinasihati untuk tidak mengunjungi atau sesekali mencuba permainan ini.

Sumber: Vox.com

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.