Siakap Keli

Ramai Tak Tahu Ada Skim Graduan Untuk ‘Fresh Graduate’ Beli Kereta, Ini Cara Nak Mohon

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai anak muda lepasan universiti yang takut-takut untuk mengumpul aset kerana takut tak terbayar hutang sekeliling. Tidak dinafikan keperluan seseorang itu berbeza. Ada yang nak beli rumah dulu, ada yang nak beli kereta dulu dan ada yang berfikir lebih baik guna duit untuk pergi melancong diserata dunia sebelum berkahwin.

Sesetengah graduan inginkan sebuah kereta untuk kegunaan harian ke tempat kerja tetapi rasa dirinya tidak mampu kerana baru bekerja.

Jangan risau, para graduan boleh menggunakan skim graduan yang merupakan suatu skim yang disediakan oleh beberapa bank untuk membantu Siswazah yang baru sahaja menamatkan alam Universiti/kolej mereka untuk memilik kenderaan.

Ikuti perkongsian daripada salah seorang agen jualan, Nur Syahira di akaun Twitternya mengenai cara mudah untuk membeli kereta baru dengan menggunakan skim graduan ini.

Soalan yang sering diajukan kepada Nur Syahira seperti:

“Kak, saya baru kerja sebulan, boleh beli kereta tak?”

Ini sebabnya kenapa ramai pemuda dan pemudi yang berjinak-jinak untuk dapatkan kereta adalah untuk keperluan harian.

“Orang sekarang beli kereta sebab keperluan. Bukan sebab suka-suka. Sepanjang jadi sales advisor perodua ni, background customer yang baru kerja ni mostly sebab;”

1. Naik grab lagi mahal

2. Ibu bapa takde kereta, harapkan dia anak sulung untuk beli

3. Taknak susahkan ibu bapa/keluarga

Apa itu Skim Graduan?

“Ok macam mana korang yang baru kerja ni nak beli kereta? Jawapannya gunalah skim graduan. Apa itu skim graduan? Skim graduan ni skim yang dikeluarkan oleh bank untuk customer yang baru start kerja untuk miliki kereta pertama.”

“Kerja separuh hari pun boleh hantarkan loan.”

“Baru kerja tu berapa lama dikira baru? Sebulan ke dua bulan ke tiga bulan ke? Korang baru kerja sehari pun dah boleh submit loan! Yes, baru separuh hari kerja pun dah boleh submit loan. Dan tak perlu payslip langsung. “

Dokumen yang perlu sedia untuk kegunaan bank;

1. IC depan belakang

2. Lesen

3. Student card

4. Scroll/ Transkrip/ Diploma/ Degree

5. Surat tawaran bekerja (yang nampak gaji)

“Syarat kelayakan macam mana?”

Ini syarat pertama. Kalau gaji kurang daripada tu, tak boleh buat skim graduan. Gaji basic maksudnya gaji yang belum tolak socso epf. Gaji pokok yang tak termasuk OT dan elaun. Kalau company korang kerja tu takde website company, jadi secara automatik tak layak apply under skim graduan.

“Macam mana kalau ada tunggakan PTPTN”

Kalau ada tunggakan PTPTN, sila clearkan tunggakan dulu.

Korang tau tak kalau korang takde duit nak bayar tunggakan selepuk, korang boleh bayar sikit dulu berapa duit yang korang ada. And boleh buat penstrukturan semula loan korang.

“Seterusnya perlu gerento tak? Jawapannya tak perlu gerento! Selagi korang memenuhi syarat tadi la. Tak payah gerento ye walaupun baru kerja. Senang kan? Mudah kan? Haa macam mana pulak kalau korang tak habis belajar? Diploma tak habis tak boleh apply tau. Dah complete dan layak konvo baru boleh proceed skim graduan ye adik-adik.”

“Macam mana kalau tak habis belajar?”

Haaa macam mana pulak kalau korang tak habis belajar? Diploma tak habis tak boleh apply tau. Dah complete dan layak konvo baru boleh proceed skim graduan ye adik-adik. Ada yang belum konvo tapi dah dapat kerja. Takde masalah janji provide surat tamat pengajian je dari universiti korang. Bank nak pengesahan korang betul-betul tamat belajar.

Untuk pengetahuan anda, harga kereta tetap sama walaupun menggunakan skim graduan ini. Namun ia hanya memudahkan urusan para graduan untuk memiliki kereta dengan mudah. Yang paling penting had umur tidak melebihi 30 tahun.  Jadi, gunalah sehabis baik peluang ini.

Sumber: Nur Syahira

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang