Siakap Keli

Sanggup Bunuh Ibu Sendiri Demi Membebaskan Kekasih Dari Penjara

Seorang wanita bernama Kachana Srisung berusia 25 tahun yang berasal dari Bangkok, Thailand, berjaya ditahan oleh pihak polis setelah diketahui menjadi dalang disebalik pembunuhan ibunya sendiri.

Wanita ini berjaya ditangkap oleh pihak polis setelah berjaya menangkap pembunuh yang menembak mati ibu suspek.

Ibu, Ueamduean Srisung, 55 tahun ditemui mati dengan kesan dua tembakan di dada.

Setelah diselidiki, pembunuhan ini merupakan rancangan Kachana atas alasan ingin menguasai harta warisan sang ibu.

Kachana mengetahui yang ibunya mempunyai tiga tabungan insurans.

Yang mengejutkan lagi apabila wanita ini mengaku akan menggunakan harta warisan tersebut sebagai wang jaminan untuk mengeluarkan kekasihnya dari penjara.

Kerana cinta terhadap kekasihnya, ia sanggup membunuh ibu sendiri bagi mendapatkan wang untuk membebaskan sang kekasih dari penjara.

Menurut keterangan dari pihak polis, Kachana telah membayar dua orang pembunuh bayaran untuk membunuh ibunya.

Tindakan membunuh ibunya ini merupakan tindakan yang kedua kalinya dilakukan, kerana cubaan pertamanya pada Januari lalu gagal.

Pada cubaan pertama Kachana sendiri yang cuba melepaskan tembakan pada ibunya tetapi tidak berjaya.

Kini Kachana bersama dua orang pembunuh bayarannya berada dalam tahanan pihak polis.

Pihak polis Thailand berjanji akan menyiasat akar permasalahan ini, termasuklah sama ada tindakan yang dilakukan Kachana ini adalah akibat paksaan dari sang kekasihnya.

Sumber: Sosok

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)