Siakap Keli
Gambar Hiasan

Puluhan Penerbangan Tergendala, Malaysia Airport Minta Penumpang Hubungi Syarikat Penerbangan

Kuala Lumpur, 22 Ogos – Setakat 10 malam tadi, sebanyak 68 penerbangan mengalami kelewatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Menurut Malaysia Airports, lapangan terbang tersebut mengalami gangguan sistem, menyebabkan kelewatan penerbangan terlibat.

“Semua penumpang diminta menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mendapatkan jadual penerbangan terbaru,” kata wakil Malaysia Airports dalam satu kenyataan hari ini.

“Penumpang diminta bertenang dan dapatkan bantuan staf kami untuk sebarang bantuan. Kami memohon maaf atas kesulitan.”

Sumber: Malaysia Airports

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.