Siakap Keli

“Awak Rehat Tau,” Niat Nak Kahwin Hujung Tahun Ini Tak Kesampaian, Tunang Maut Dalam Kemalangan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Suka atau tidak, semua makhluk pasti akan berdepan dengan kematian. Dalam tak sedar, setiap saat yang dilalui malah makin mendekatkan kita dengan hakikat tersebut.

Tapi tiada yang tahu bila, di mana atau bagaimana keadaan kita ketika ‘dijemput’. Ada orang yang paginya sihat, tapi bila tiba waktu petang dia jatuh sakit dan ‘pergi’ mengadap Sang Pencipta. Semuanya berlaku terlalu pantas, terkadang tanpa tanda.

Masa tak mungkin berulang, sebagai manusia, gunakanlah setiap waktu yang ada untuk melakukan perkara sepatutnya, hargai orang disekeliling sebelum terlambat. Sebab kita tiada kuasa untuk menilik apa yang bakal terjadi seterusnya.

Semalam heboh di laman Twitter tentang satu kemalangan maut yang dipercayai berlaku di Raub, Pahang yang melibatkan sebuah motosikal dengan kereta. Penunggang motosikal yang baru berusia 23 tahun disahkan meninggal di tempat kejadian.

Menurut rakan allahyarham sewaktu dihubungi Siakap Keli, arwah dalam perjalanan dari Port Dickson ke Kuala Lipis untuk menyelesaikan urusan berkaitan perniagaannya.

Namun sehari sebelum kemalangan arwah ada menghantar voice note dalam group whatsApp mereka. Arwah membacakan semula puisi dari D. Zawawi Imran:

Kalau mendung hitam sudah di atas kepala, Jangan larang hujan turun ke bumi, Kalau angin bertiup dengan kencangnya, Jangan larang daun-daun kering berguguran, Kalau ‘senyummu’ selalu mekar dalam hatiku, Jangan larang aku tetap setia dan rindu padamu.

Menurut rakannya itu, mangsa seorang yang begitu baik hinggakan sanggup meletakkan semua gambar kawannya di papan kenyataan di kedainya.

Gambar rakan-rakan yang sentiasa digantung di kedai arwah

Malah tunang arwah ada mengatakan bahawa arwah pernah menyatakan hasrat untuk bertemu dengan kawan-kawannya sebelum dia ‘pergi’.

Petikan yang diberikan oleh tunang arwah

Hasrat Langsungkan Pernikahan Hujung Tahun Ni Tak Kesampaian

Tunang Arwah ada memuatnaik hantaran meluahkan rasa hatinya.

Assalamualaikum, awak rehat lah tau, saya tahu awak penat nak uruskan semua benda. Banyak sangat plan awak tahun ni. Semenjak dua menjak hilang saja, saya tahu awak penat.

Mungkin..

Allah tahu awak penat, Maybe plan “kita” tak dapat kita tunaikan hujung tahun ni. Macam awak cakap, awak nak saya sampai bila-bila,  Saya redha dengan takdir Allah, saya percaya mesti ada hikmah Allah ambil awak dari saya Min.

Terima kasih Ya Allah pinjamkan dia untuk 4 tahun 1 bulan. Mungkin kita takde jodoh di dunia. Semoga urusan awak dipermudahkan disana.

Saya rasa macam mimpi.  InsyaAllah akan ku jaga diriku ini. Selamat Beradu Sayang. – Puisi terakhir . Al-Fatihah.

Sumber: Ben Husmii

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)