Siakap Keli
Kredit: Google

Dari 2010 Hingga 2019, Ini ”Journey” Pasangan Suami Isteri Miliki 8 Buah Rumah Dengan Gaji RM 2,800

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Benarlah kata orang, tiada apa yang mustahil jika kita berusaha keras bagi mencapai impian. Anything dreamable is realizable. Apa yang penting ialah sejauh mana kita sanggup bertahan setelah jatuh berkali-kali demi mencapai cita-cita?

Tanpa ketahanan dan keazaman, bakat hanya tinggal potensi yang tidak diasah. Hanya dengan usaha, bakat dapat menjadi kemahiran yang membuahkan kejayaan (Duckworth, 2016).

Baru-baru ini, seorang penasihat hartanah, saudara Harith Faisal telah berkongsi kisah sepasang suami isteri yang berjaya membeli lapan buah rumah hasil pelaburan mereka dalam bidang hartanah. Jom kita baca kisah inspirasi mereka.

8 Rumah Dengan Gaji RM2,800?

Tahniah Fairuz Zain dan Anis Hafiza! Hari ni dapat berita baik yang bank dah luluskan untuk pembiayaan rumah untuk rumah ke-8 iaitu rumah idaman mereka, teres 2 tingkat.

Untuk follower saya yang bergaji kecil, cuba ubah mindset untuk beli rumah pelaburan dulu, kemudian barulah beli rumah idaman. Ikut jejak langkah Fairuz dan Anis.

  • Rumah 1 (2010)
    Bank home financing payslip Anis.
  • Rumah 2 (2014)
    Bank home financing payslip Fairuz dan Anis sebab dua-dua gaji kecil. Fairuz gaji RM1,200 saja.
  • Rumah 3 (2015)
    LPPSA payslip Anis.
  • Rumah 4 (2015)
    Bank home financing payslip Fairuz dan Anis lagi.
  • Rumah 5 (2017)
    Bank home financing payslip Fairuz dan Anis lagi.
  • Rumah 6 (2017)
    Bank home financing payslip Anis.
  • Rumah 7 (2019)
    Bank home financing guna pendapatan perusahaan.
  • Rumah 8 (2019)
    Bank home financing guna pendapatan perusahaan.

Pendapatan perusahaan (income enterprise) mereka adalah 20% daripada pendapatan Fairuz sebagai runner, 20% daripada baiki dan ubah suai rumah client. Lagi 60% dari sublet rumah sewa.

Fairuz sekarang memang pulun buat macam-macam kerja sebab nak cari modal dan cantikkan penyata bank enterprise. Anis pula masih lagi kerja dengan gaji cuma RM2,800.

Mereka pun bukanlah tua sangat. Pasangan ni muda lagi tau. Fairuz umur 36 tahun, Anis pula umur baru je 33 tahun. Mereka pun ada 3 orang anak perempuan yang kecil-kecil.

Wake up guys!! Tiada lagi alasan kalau kau nak berjaya. Set matlamat nak ada berapa rumah pelaburan. Kemudian cari jalan untuk buat sampai jadi realiti.

Dia macam ni, bila kau beli rumah pelaburan dulu, rumah tu kau sewakan kat orang lain. Duit sewaan tu bank pandang sebagai pendapatan tambahan kau. Boleh laku tau.

Jadi, mudahlah untuk kau beli rumah lagi dan lagi sampai bosan. Bila dah bosan beli rumah, waktu tu barulah kau fokus untuk cari rumah idaman satu untuk duduk sendiri. Setel!

Tapi, kalau rumah pertama pun kau dah beli rumah idaman yang mahal untuk duduk sendiri, santak kelayakan sampai takat hidung, siap mohon pembiayaan bersama suami isteri, maka mungkin itulah rumah pertama dan terakhir kau. Bye!

Sumber: Harith Faisal, New Harbinger

Amira

Love yourself.