Siakap Keli
Gambar : Facebook

Dua Maut, Empat Cedera Kemalangan Lima Kenderaan Di Kulim

Alor Setar : Dua maut manakala empat termasuk dua kanak-kanak cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Padang Serai menghala ke Tasek Gelugor, Kulim, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata dalam kejadian kira-kira 7.49 pagi itu, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan yang membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi, sebuah lori Nissan dan tiga motosikal jenis Yamaha, Modenas dan Honda Wave.

Gambar : Facebook

”Mangsa yang maut ialah dua penunggang motosikal manakala empat cedera termasuk seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan telah dibawa ke Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang untuk rawatan.

”Seorang lagi penunggang motosikal tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat mangsa yang maut telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata seramai 30 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech terlibat dalam operasi tersebut.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.