Siakap Keli

Hanya Kerana Gula-Gula Getah, Perkahwinan 15 Tahun Berakhir Dengan Talak Tiga

Hanya kerana enggan menerima gula-gula getah yang diberikan oleh suami, seorang wanita diceraikan dengan talak tiga di kawasan pekarangan sebuah mahkamah sivil di India.

Kejadian tersebut berlaku pada Isnin lalu apabila Simmi, 30, bersama dengan suaminya, Syed Rashid yang telah berahwin sejak 2004, hadir ke Mahkamah Sivil Lucknow untuk mendengar perbicaraan kes berkenaan wang hantaran yang difailkan ke atas mertuanya sebelum ini.

Wanita itu dikatakan sedang bercakap dengan peguam belanya ketika suaminya memberikan gula-gula getah tersebut di mana dia kemudian telah menolak pemberian itu.

Gambar sekadar hiasan

Dalam keadaan marah kerana perbuatan isteri yang menolak gula-gula getah itu, suaminya terus menceraikan isterinya dengan menyebut talak tiga di hadapan peguam berkenaan.

Selepas itu satu siasatan telah dilancarkan di mana kes berkenaan telah difailkan ke atas Rashid di bawah pelbagai Akta Wanita Islam (Perlindungan Hak Perkahwinan) 2019.

Sumber : Gulf News

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra