Siakap Keli
Gambar Hiasan

India Cadang Haramkan Rokok Elektronik, Pesalah Berdepan Hukuman Denda Dan Penjara

Kementerian Kesihatan India baru-baru ini dilapor mencadangkan kerajaan supaya mengenakan sekatan pengeluaran dan mengimport produk rokok elektronik seperti vape.

Menurut Daily Mail, cadangan dikeluarkan oleh kementerian tersebut bertujuan untuk mengelakkan amalan menghisap rokok elektronik menjadi epidemik dalam kalangan kanak-kanak di negara berkenaan.

”Rokok elektronik dan produk berkenaan yang menggalakkan penggunaan produk tembakau atau meninggalkan kesan berbahaya kepada orang ramai adalah amat berbahaya kepada kesihatan pengguna aktif dan juga pasif,” kata sumber daripada kementerian.

Kementerian juga mencadangkan kerajaan hukuman denda sehingga RM 29 ribu dan penjara sehingga tiga tahun bagi kesalahan berulang berdasarkan draf undang-undang arahan eksekutif terbaru terbabit.

Manakala kesalahan kali pertama pula bakal berdepan dengan hukuman denda RM 5,850 dan penjara selama setahun.

Sehingga kini media tidak pasti sama ada akan berlaku perubahan terhadap arahan eksekutif yang dikemukakan dan juga tarikh ia dikuatkuasakan.

India dilaporkan mempunyai seramai 106 juta perokok dewasa, dibelakang China, Saiz pengguna yang besar ini menyaksikan India menjadi pasaran menarik bagi syarikat-syarikat pengeluar rokok elektronik untuk bertapak di sana.

Dianggarkan seramai 900,000 orang penduduk negara itu meninggal dunia setiap tahun disebabkan pelbagai penyakit bersangkut dengan penggunaan tembakau.

Sehingga kini, sebanyak 16 negeri di India sudahpun melarang penggunaan rokok elektronik, bagaimanapun masih tiada undang-undang serupa di peringkat persekutuan.

Sumber: Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.