Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Pasti Aku Cium Baju Terakhir Arwah..,” Safura Luah Rasa Rindu Pada Anak, Lepas Lebih 7 Tahun Kehilangannya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi pasangan selebriti Safura Ya’cob dan Sahronizam tarikh hari ini merupakan hari terindah untuk pasangan ini kerana melahirkan seorang puteri yang comel setelah sekian lama menunggu kehadirannya. Tetapi, ujian perpisahan milik pasangan ini di mana Allah lebih sayangkan anak kecil ini.

Kehilangan anak kesayangan pada 12 September 2011 ini berpunca daripada demam panas berpanjangan sewaktu usia tiga tahun. Anak syurga ini diberi nama Nur Aisyah Mariam merupakan cahaya mata pertama penyanyi dan pelakon, Safura Ya’cob

Menerusi laman Instagramnya, dia meluahkan rasa rindu kepada anak Syurga ini bersempena hari lahir Allahyarhamah anaknya pada hari ini 23 Ogos 2019. Perasaan seorang ibu yang rindukan anak sangat perit dan pedih.

“Sangat rindu, pasti akan aku cium baju terakhir yg arwah pakai, akan aku cium sepuasnya dan menangis semahunya sehingga lelah itu habis. Tunggu mama. Jangan lupa cari mama nanti.”

 

Sumber: Safurashah

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)