Siakap Keli
Kredit: Ustaz Farid Ravi

“Keluarga Satu Malaysia Saya” Ustaz Dr. Farid Ravi Kongsi Kemanisan Keluarga ‘Multicultural’

Kasih sayang tidak mengenal batas bangsa dan budaya. Hal ini terbukti dengan kisah perkahwinan antara-budaya yang bahagia walau keluarga berlainan bangsa.

Namun, untuk mencapai tahap kebahagiaan tersebut memerlukan pemahaman yang tinggi antara satu sama lain. Dengan kefahaman inilah, sesebuah keluarga dapat menghormati budaya dan latar belakang masing-masing seterusnya mewujudkan keluarga yang harmoni.

Baru-baru ini, penceramah bebas, Ustaz Dr. Farid Ravi berkongsi gambar keluarganya yang terdiri dari pelbagai bangsa. Perkongsian tersebut membuatkan netizen kagum melihat keharmonian keluarga besar berkenaan. Jom baca perkongsiannya.

“My one Malaysian Family”

Mai nak cerita famili one Malaysia saya. Bapa mertua (arwah) Cikgu Mohd Soyong (Soo Yong) adalah berbangsa Cina, menganut Islam ketika berumur 20 tahun dan berumah tangga dengan ibu mertua saya, Hajjah Siti Fatimah.

Saya berbangsa India berkahwin dengan Hajjah Suziana Mohd Soyong, anak sulung Arwah Cikgu Mohd Soyong. Jadi kiraan biloginya macam ni,

Cina + Melayu + India = anak-anak jadi satu Malaysia.

Gambar di bawah adalah sepupu isteri saya yang datang menziarahi kami di Bandar Seri Putra.

Saya jamu saudara kami dari Cina ni teh tarik, saya tanya mereka dalam bahasa Inggeris:

How was teh tarik, it’s good?

Sepupu isteri jawab: Ho liaw!

Hahaha, saya ingat lagi, tiga kali saya buat teh tarik, sebab tetamu kami suka sangat. Dalam hati saya berkata-kata… baru tau teh tarik original. Haha.

Satu lagi gambar ialah kunjungan adik beradik saya di hari raya Aidul Fitri baru-baru ini.

Jadi, warna-warni keindahan berbilang bangsa, warna kulit, budaya, agama dan bahasa tidak sepatutnya menghalang kita hidup berkasih sayang. Kami hidup sangat harmoni, tetapi sesetangah orang politik yang selalu merosakkan hubungan dan keharmonian kaum.

Kalau iya pun nak menang dan senang, tak perlu guna modal murahan untuk nak jadi hero sesuatu bangsa.

Dalam dan padat sekali pesanan Dr. Farid Ravi. Semoga negara kita tetap aman daripada provokasi pihak yang cuba menangguk di air keruh dengan sengaja mewujudkan ketegangan kaum.

Pesanan penulis buat kita semua, kita patut meneliti setiap kandungan yang kita terima di media sosial sebelum terus percaya dan terpengaruh dengan dakwaan yang tersebar. Semoga kenaifan kita tidak menjadi jambatan pihak oportunis untuk meraih keuntungan atas ketegangan antara kaum.

Sumber: Ustaz Dr. Farid Ravi Abdullah

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.