Siakap Keli
Gambar ini merupakan vending mesin senapang yang aku jumpa di celah-celah lorong. - Azim

Negara ”Vending Machine”, Fakta ‘Mesin Gedegang’ Di Jepun Yang Kebanyakan Kita Tak Tahu

Siapa yang tidak kenal dengan identiti Jepun sebagai negara maju? Pasti ramai yang kagum dengan gaya hidup masyarakatnya yang serba pantas dengan bantuan teknologi robot.

Kereta terbang pertama, checked. Vakum automatik tanpa kendalian manusia, checked. Wayar USB dan lampu LED, checked. Vending machine paling banyak di dunia, checked. Ya, anda tidak salah baca. Jepun merupakan negara paling banyak mesin layan diri di dunia jika dinisbahkan jumlah mesin dengan keseluruhan rakyatnya.

Menurut perkongsian seorang pengembara yang pernah ke negara berkenaan, Wan Irfayuim Azim, Jepun mempunyai fasiliti vending machine yang sangat banyak melebihi jumlah rakyat negara itu sendiri. Jom baca perkongsiannya.

Negara Vending Machine

Tahukah anda, ratio bilangan 4 vending mesin = 1 rakyat Jepun?

Jepun merupakan negara yang paling banyak vending mesin di dunia. Setiap penjuru, setiap lorong dan setiap ceruk mempunyai vending mesin ini.

Apa yang menarik lagi, vending mesin ini turut menjadi salah satu budaya yang unik di Jepun. Tanya sesiapa sahaja yang pernah menjijakkan kaki ke Jepun, tentu mereka akan mengiyakan tentang perkara ini.

Setiap tempat berbeza harga air tin di mesin layan diri, tetapi dasarnya adalah 100¥ untuk setiap satu minuman botol kecil. Jika bertuah, korang boleh jumpa mesin layan diri yang berharga 50¥ di beberapa tempat pedalaman.

Ada satu tempat di perkampungan di kawasan Osaka yang menyediakan air mesin ‘gedegang’ dengan berharga 10¥, tetapi air tidak boleh dipilih.

Asal usul mesin layan diri di pinggir bandar Jepun. Pembeli mengambil makanan dan meninggalkan wang di pondok jualan. (Kredit: Kotaku/大瀬の館)

Tertanya-tanya dengan jumlah mesin yang terlalu banyak berbanding negara-negara lain, Azim kemudiannya membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatiannya.

Ada beberapa andaian yang boleh diketengahkan dari kenapa Jepun mempunyai vending machine yang terlampau banyak sehinggakan di puncak Gunung Fuji juga turut mempunyai 2 mesin ini.

1. Kos buruh

Disebabkan oleh kekurangan tenaga kerja, tiada penerimaan warga asing dan kadar kelahiran yang rendah, kos buruh di Jepun sangat-sangat tinggi. Jadi dengan adanya vending machine ini, kos untuk membayar gaji boleh dikurangkan.

2. Peningkatan harga tanah dan rumah

Tanah di tengah bandar Jepun sekarang meningkat menggila bersaing hebat dengan peningkatan ekonomi dan juga kemajuan mereka. Tanpa adanya kedai, pengusaha vending machine boleh mengurangkan kos sewaan tapak.

Lagipun keluasan 10”x10” boleh memuatkan 4 hingga 5 vending machine berbanding sebuah kedai runcit.

3. Jenayah kurang

Walaupun vending machine diletakkan di celah-celah lorong gelap dan juga kampung-kampung, masih kurang aduan terhadap kegiatan pecah mesin dan juga vandalisme. Dan setiap vending machine di Jepun ini turut mempunyai kamera tersendiri di dalam nya dan juga sambungan terus terhadap pos polis terdekat jika berlaku perkara yang mencurigakan.

4. Duit syiling

Duit syiling di Jepun sangat bernilai. Jika diambil persamaan epal kepada epal, nilai 100¥ adalah bersamaan dengan RM1 tetapi ianya dalam bentuk syiling dan bukannya not kertas. Jadi dengan lebihan syiling di dalam poket akan membuatkan seseorang untuk membeli walaupun tidak perlu kerana hanya ingin mengurangkan beban dalam poket atau juga serabut melihat lebihan syiling.

Kredit: Kotaku/Yoatacrowlancer

5. Dunia teknologi robot

Jepun dipandang tinggi oleh seluruh negara luar sebagai pengeluar robotik dan juga pelbagai jenis mesin yang hebat. Jadi untuk mengekalkan sebagai negara mesin yang hebat dan dipandang seantero dunia, mereka mengekalkan dan menambah vending machine di merata-rata.

Itu adalah sedikit sebanyak andaian kasar kenapa negara Jepun dikenali sebagai negara vending mesin. Entah ya entah tidak, tepuk dada urut pelan-pelan.

Di Jepun, bukan hanya vending machine air sahaja. Mereka turut meletakkan vending mesin fresh coffee, sayur, mainan, rokok dan juga pelbagai lagi. Jadi wajarlah mereka memegang status sebagai King of Vending Machine Country, bukan?

Sumber: Jeroong Wia (Wan Irfayuim Azim), Kotaku.com

Arifah

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen