Siakap Keli

Pelbagai Spekulasi Timbul, KBS Tampil Perjelaskan Isu ‘Malaysia Sport Challenge 2019’

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memperkenalkan Malaysia Sport Challenge 2019 yang akan dilaksanakan sepanjang bulan Oktober depan. Walau bagaimanapun, pengumuman mengenai perkara ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi kerana banyak pihak yang mendakwa Malaysia Sport Challenge merupakan nama baru bagi Hari Sukan Negara yang dianjurkan saban tahun.

Terpalit dengan spekulasi ini, pihak KBS memaklumkan bahawa Malaysia Sport Challenge 2019 merupakan inisiatif baharu yang diperkenalkan dan akan bermula pada tahun ini dengan tujuan menambah baik konsep Hari Sukan Negara yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Tambahan lagi, MSC19 juga akan dipenuhi dengan penambahbaikan dan perubahan konsep yang lebih kontemporari dan dapat memenuhi keperluan semasa. Ianya juga bertepatan dengan agenda “Sukan untuk Semua” supaya terus kekal relevan dalam komuniti masyarakat sepanjang zaman.

Dalam penganjuran Bulan Sukan Negara, terdapat beberapa pembaharuan yang dimasukkan seperti Infra Sukan dibuka kepada umum, Konvensyen sukan, dan juga promosi jualan peralatan sukan dan khidmat sukan. Perkara ini jelas dimaklumkan sendiri oleh Menteri Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, YB Syed Saddiq menerusi laman twitter miliknya.

Selain itu, pihak KBS juga berharap pembaharuan ini akan menjadi satu penanda aras kepada seluruh kementerian dan agensi kerajaan dalam penganjuran mana-mana program selepas ini.

Sumber: KBSMalaysia, Syed Saddiq

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra