Siakap Keli

Polis Nafi Dakwaan Akan Berlaku Rusuhan Di Little India, Brickfields

Kuala Lumpur : Polis menafikan dakwaan yang tular di media sosial mengenai akan berlakunya rusuhan di Little India, Brickfields pada hari ini dan esok.

Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Supt Arifai Tarawe berkata dakwaan itu tidak benar dan keadaan di kawasan berkenaan adalah selamat dan terkawal.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya serta menyebarkan sebarang berita palsu yang boleh menyebabkan kegusaran dalam masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melakukan perbuatan menyalahi undang-undang.

Semalam, polis dalam satu kenyataan, memaklumkan telah menerima notis pemakluman dari penganjur berhubung hasrat mengadakan satu perhimpunan ‘Say No To Zakir Naik, Equal Rights To Indians dan Other Races’ di ‘Water Fountain Little India’, Brickfields, pada pukul 2.00 petang, esok.

Polis bagaimanapun menyatakan notis yang dikemukakan tidak lengkap serta tidak memenuhi keperluan undang-undang dan penganjur dinasihatkan tidak meneruskan perhimpunan itu.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.