Siakap Keli
FOTO: SITI ZUBAIDAH

“Tak Pernah Salahkan Takdir,” Wanita Ini Sanggup Tak Sambung Belajar Demi Jaga Abang Hidap Kanser

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sudah tertulis tentang kehidupan kita sebagai khalifah di muka bumi ini penuh dengan ujian yang tidak mengenal pangkat seseorang. Sebagai manusia biasa, kita seharusnya redha menerima ujian Allah dengan hati yang terbuka.

Sering diperkatakan, ujian yang diberi membuatkan seseorang insan itu lebih tabah dan kuat menjalani kehidupannya. Kita sering menggangap dugaan dan ujian yang diterima lebih berat dari orang lain tetapi untuk orang lain juga berfikiran seperti kita.

Jadi, yang bezanya adalah bentuk ujian diterima. Hanya penerima ujian tersebut lebih mengetahui.

Perkongsian yang membuatkan hati kecil ini menjerit pilu daripada seorang wanita yang tabah menghadapi ujian hidup, Siti Zubaidah melalui liku-liku ujian yang membuatkan dia kuat sebagai seorang anak dan adik kepada keluarga ini.

Bercerita mengenai pergorbanankan seorang adik kepada abangnya yang menghidap kanser selama 15 tahun dan kini lebih kritikal apabila doktor memberitahu abangnya diserang penyakit tibi.

Abang merupakan anak ke-2 daripada 5 beradik dan juga merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga. Hidup dia macam orang normal biasa dari kecil. Pendidikan dia hanya sampai tingkatan 3. Dia berhenti sekolah sebab nak tolong mak tanggung keluarga memandangkan mak dan ayah dah berpisah.

Sejak daripada itu, abangnya menggalas tanggungjawab dan melakukan dua kerja dalam sehari untuk menjaga adik-adiknya yang bersekolah. Tibalah saat yang menyedihkan apabila pada 2004 lalu, abangnya disahkan mengidap kanser pada ketumbuhan otak.

Lepas pembedahan, kami sentiasa ulang alik dari Alor Star ke Pulau Pinang untuk rawatan susulan dan radioterapi. Masa tu abang boleh lagi berjalan dan melihat. 9 tahun kemudian, penglihatan abang semakin kabur dan selalu mengadu sakit pada bahagian tengah hidung. Bila dapatkan rawatan, rupanya abang disahkan ada ketumbuhan pada hidung.

Abang kehilangan penglihatan kerana gangguan pada saraf. Empat kali abang menjalani pembedahan dan setiap pembedahan doktor akan cakap 50/50 tapi kami sekeluarga kuatkan hati, percaya pada Allah dan doa yang tidak henti.

Sehingga sekarang abang masih lagi bernafas. Lepas pembedahan terakhir tu, abang dah lemah. Badan makin susut. Selera dah berkurang. Tapi dia tetap bersemangat nak teruskan kehidupan.

Tak pernah memberontak. Tak pernah salahkan takdir. Pernah juga waktu dia sakit, dia bekerja di satu tempat untuk OKU. Tapi tak lama sebab dia kerap kena sawan.

Mak yang dulu bekerja sebagai pembantu rumah separuh masa pun terpaksa berhenti untuk jaga abang memandangkan anak yang lain masih lagi bersekolah. Waktu tu kami semua cari pendapatan sendiri.

Saya dan kakak-kakak walaupun masih di sekolah rendah, kami bekerja di restoran pada setiap malam secara bergilir-gilir untuk mencari duit belanja sekolah. Sampailah di sekolah menengah, kami bekerja di butik pakaian pada setiap hujung minggu.

Menurut anak bongsu keluarga ini, kesemua kakaknya sudah mendirikan rumah tangga selepas sahaja tamat persekolahan. Dia bernasib baik melanjutkan pengajiannya di peringkat diploma dan bekerja sebagai guru tuisyen sambilan dan pembantu rumah.

Walaupun diberi kesempatan untuk menyambungkan pengajarannya ke peringkat yang lebih tinggi, dia menolak kerana ingin membalas jasa dan pengorbanan abangnya.

“Dulu, abang korbankan pendidikan dia untuk saya, jadi sekarang tiba masa untuk saya balas segala pengorbanan dia sebab dia tak ada ganti sampai bila-bila. Doakan saya diberi kekuatan dan sentiasa redha dengan segala dugaan yang Allah berikan.”

Tahun 2018 saya mendirikan rumahtangga dan masih menetap di Shah Alam. Awal tahun 2019, Allah betul2 nak uji kami sekeluarga. Mak pulak mengidap penyakit lemah jantung dan paru-paru berair.

Pada masa yg sama, abang kerap sawan dan abang dah tak boleh berjalan. Hanya terlantar dan bergantung pada kerusi roda semata-mata. Mak dan abang selalu ditahan di wad. Abang pulak baru disahkan ada penyakit TIBI dan perlukan penjagaan yg rapi. Meningioma Brain Tumor adalah ketumbuhan yg membesar dengan agresif dan tak akan berhenti.

Dunia bukanlah segala-galanya bagi saya, tapi keluarga adalah segalanya. Saya percaya rezeki Allah tu luas. Rezeki akan sentiasa ada. 

Sumber: Siti Zubaidah

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)