Siakap Keli
Gambar: Elite Readers

Tekan Berkali-Kali Untuk Tutup, Sejauh Manakah Butang ‘Close’ Dalam Lif Benar-Benar Berfungsi ?

Sekiranya anda ingin menuju ke aras yang tinggi bagi sesuatu bangunan, sudah pastinya di dalam fikiran anda memikirkan mengenai penggunaan lif. Bukan sahaja menjimatkan tenaga, penggunaan lif juga dapat membuatkan anda berasa selesa malah turut boleh menjimatkan masa berbanding menaiki tangga.

Pasti menjadi satu kelegaan apabila dapat masuk ke dalam lif sebelum ianya bergerak. Sebaik sahaja berada di dalam lif, anda pun akan menekan butang tingkat yang ingin dituju lalu diikuti dengan butang ‘close door’. Namun begitu, tahukah anda sejauh mana butang ‘close door’ pada lif benar-benar berfungsi?

Gambar: Pinterest.co.uk

Butang ‘close door’ pada kebanyakan lif sebenarnya tidaklah berfungsi melainkan hanya sebagai persembahan di ruangan butang yang terletak di dinding dalam setiap lif. Sudah menjadi tabiat pengguna lif untuk menekan butang ini kerana mahukan pintu lif ditutup dengan lebih cepat supaya dapat bergerak ke tingkat yang ingin di tuju. Walau bagaimanapun, menekan butang tersebut dengan berkali-kali tidak akan membuatkan ianya menutup dengan lebih laju daripada kebiasaan.

Pintu di kebanyakan lif sebenarnya sudah mempunyai tempoh masa yang ditetapkan untuk kekal terbuka sebelum ianya ditutup dengan sempurna. Namun, pengusaha lif masih mengekal butang tersebut kerana pengguna gemar menekannya dengan andaian pintu akan ditutup dengan lebih cepat.

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya Amerika tahun 1990, butang ‘close door’ bagi pintu lif dibiarkan tidak berfungsi bagi memberi ruang kepada golongan yang menggunakan tongkat atau kerusi roda untuk masuk ke dalam lif. Disebabkan pergerakan yang terbatas dan perlahan, ianya pasti memerlukan sedikit masa untuk masuk ke dalam ruangan lif.

Gambar: threestarelevators

Disebalik itu, butang ‘close door’ bagi pintu lif masih dikekalkan kerana ianya dapat memberikan kesan psikologi kepada seseorang. Perbuatan menekan butang tersebut walaupun ianya tidak berfungsi akan membuatkan kita berasa lebih baik kerana dapat melihat pergerakan pintu lif tertutup. Ahli psikologi percaya bahawa ianya merupakan persepsi kawalan bermanfaat untuk membantu mengurangkan tekanan.

Walau bagaimanapun, ianya hanya berlaku di kebanyakan lif yang terdapat di Amerika Syarikat sahaja. Namun, apa yang anda perlu tahu ialah tidak semua butang ‘close door’ tidak berfungsi seperti yang dinyatakan di atas. Perkara ini kerana terdapat juga pengusaha yang akan memastikan butang tersebut dapat berfungsi dan seterusnya dapat mempercepatkan pergerakan seseorang di dalam lif.

Jadi, bagaimana dengan butang ‘close door’ bagi lif di tempat anda?

Sumber: Quartz

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra