Siakap Keli
Gambar: klia2

Terkini: KLIA Terus Alami Gangguan Sistem, Pihak Malaysia Airports Tampil Perjelaskan

Sejak malam Rabu lepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur mengalami gangguan sistem sehingga mengakibatkan kelewatan penerbangan dan situasi tersebut berterusan sehingga pagi ini. Setakat malam tadi, 68 kelewatan penerbangan telah dilaporkan.

Gangguan itu telah menjejaskan sistem utama lapangan terbang seperti sambungan WiFi, Sistem Paparan Maklumat Penerbangan (FIDS), kaunter daftar masuk dan Sistem Pengendalian Bagasi (BHS).

Pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berkata pasukan mereka masih berusaha untuk menstabilkan sistem itu pada 6 pagi ini.

Para penumpang dinasihati supaya berada di lapangan terbang sekurang-kurangnya empat jam sebelum waktu pesawat mereka berlepas.

MAHB berkata dalam mengurangkan masalah itu, kesemua  38 tapak pesawat tanpa pintu di terminal utama KLIA digunakan untuk memenuhi keperluan kapal terbang yang tidak dapat bergerak menuju ke pintu yang dijadualkan kerana masih digunakan.

Gambar: Bernama News Channel (BNC)

Kami menyediakan empat bas tambahan, di samping perkhidmatan pengendalian daratan bagi syarikat penerbangan untuk melancarkan pergerakan penumpang dengan membawa mereka ke tapak pesawat tanpa pintu dari terminal dan sebaliknya.

Selain itu, pihak Malaysa Airports juga telah melanjutkan waktu operasi di semua lapangan terbang lain diseluruh negara bagi memenuhi penerbanga keluar dari Kuala Lumpur yang mengalami kelewatan.

Penumpang juga tidak perlu khuatir mengenai cas tempat letak kenderaan kerana pihak Malaysia Airports juga telah menyediakan tempat letak kenderaan percuma bagi semua penumpang yang meletak kenderaan mereka di terminal utama KLIA (Blok A, B, C dan D) sehingga 6 pagi Jumaat (23/8) kerana ramai yang menghadapi kelewatan ketibaan penerbangan.

Sumber: Bernama

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa