Siakap Keli

(Video) Rakaman CCTV Lelaki Berpayung Nyaris Temui Ajal Di Panah Petir

Seorang lelaki nyaris disambar petir ketika sedang berjalan dalam hujan sambil membawa payung untuk menuju ke keretanya.

Menerusi satu rakaman berdurasi 17 saat yang menjadi tular di media sosial,  Romulus McNeill yang merupakan seorang guru di Amerika Syarikat dilihat sedang beredar meninggalkan perkarangan sekolah dengan melalui satu kawasan lapang.

Dalam tempoh beberapa saat, satu panahan petir berlaku dalam jarak hanya beberapa inci daripada kedudukannya.

Gambar : FB Romulus McNeill

Mangsa yang terkejut dilihat terus mencampakkan payung ke atas tanah sebelum mengutipnya kembali dan berlari meninggalkan kawasan tersebut.

”Saya merasa terdapat kejutan. Kejadian yang berlaku ini seperti perkara gila.

”Ketika itu, saya mahu pulang ke rumah untuk menikmati makan malam,” katanya.

Sumber : Romulus McNeill/ WMBF News

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra