Siakap Keli
Hanafi Bikers, Community Roda Johor - CRJ

(Video)Api Marak, Tular Rakaman Dan Gambar Hutan Dekat Legoland Terbakar

Sejak petang tadi, tular di media beberapa keping gambar dan juga video kejadian hutan terbakar berhampiran dengan Taman Tema Loegoland di Iskandar Puteri, Johor.

Menurut BERNAMA yang memetik laporan Bomba, kebakaran berdekatan taman tema dan hotel itu melibatkan kawasan seluas 2.4 hektar.

Pihak Bomba dilaporkan menerima panggilan kecemasan kira-kira 4.25 petang. Seramai 6 aorang anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sehingga kini pihak bomba dengan bantuan Pasukan Bertindak Kecemasan Legoland dan Medin masih berusaha untuk memadam kebakaran sepenuhnya.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sumber: BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.