Siakap Keli

(Video)”Mereka Bakar ‘Rumah’ Kami”, Mengalir Air Mata Tengok Luahan Orang Asli Amazon Ini

Kebakaran hutan di Amazon mrnyebabkan nyawa ratusan ribu hidupan liar dan penduduk tempatan terancam. Menurut Institut Penyelidikan Angkasa Kebangsaan (INPE) tempatan, sebanyak 72,843 kebakaran dicatatkan berlaku di Brazil pada tahun ini, peningkatan sebanyak 80 peratus berbanding tahun lepas.

Kebakaran ini berlaku pada kadar yang paling cepat pernah direkodkan institut berkenaan sejak tahun 2013 dengan lebih 9507 rantaian kebakaran dilaporkan sejak Khamis lepas.

Menurut CNN, penyelidik dan aktivis alam sekitar percaya bencana ini bermula daripada tindakkan pembalak dan petani yang membakar hutan bagi tujuan penanaman semula.

Tragedi ini menyebabkan kerosakan skala besar terhadap hutan berkenaan yang membekalkan 20 peratus oksigen dunia serta menjadi tempat tinggal kepada lebih 400 suku orang asli dan lebih 5 juta spesies tumbuhan, haiwan dan serangga.

“Lihat apa mereka buat pada alam semulajadi kami. Kami bekerja keras selama dua tahun untuk memelihara/memuliharanya dan sekarang mereka datang dan bakar kampung kami,” rintih seorang wanita orang Asli tempatan.

“Seolah-olah tidak cukup mereka datang ke sini dan ‘membunuh’ sungai kami, sumber kehidupan kami, sekarang mereka membakar rizab kami pula.

“Kami tidak akan berdiam diri. Kami akan sekat jalan dan mahu media di sini membela kami,” tegasnya.

Sumber: CNN, Express.co.uk, Kalal Vinay Kumar Goud, Rain Forest Facts

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.