Siakap Keli

250 Kanak-Kanak Didakwa Dibius Dan Didera Secara Seksual Oleh Seorang Doktor Pakar Lebih 3 Dekad

Seorang pakar bedah dari Perancis telah disyaki menyeksa beratus-ratus kanak-kanak secara seksual dan ia dikhuatiri menjadi skandal pedofilia terburuk bagi negara berkenaan.

Pakar bedah terbabit didakwa telah melakukan kesalahan itu kepada kanak-kanak lelaki mahupun perempuan selama lebih tiga dekad ketika mereka berada di bawah keadaan tidak sedar setelah dibius (anestetik).

Gambar Hiasan

Pakar bedah yang berusia 66 tahun itu juga disabitkan dengan kesalahan memiliki imej penderaan seksual kanak-kanak. Dia juga pernah ditangkap dulu dengan kesalahan yang sama  tetapi masih dibenarkan untuk terus berada dalam latihan pembedahan.

Dia juga disabitkan dengan kesalahan baru apabila dia telah didakwa telah memperkosa dua gadis berusia empat dan enam tahun.

Menurut peguam lelaki terbabit, dia menafikan tuduhan merogol tetapi dia mengaku bahawa dia telah melakukan ‘perkara yang menyimpang’ kepada mereka.

Semasa dalam siasatan, polis terkejut ketika membaca dairi peribadinya. Dairi itu ‘menceritakan’ bagaimana pakar bedah itu telah melakukan serangan seksual kepada kira-kira 250 orang kanak-kanak di hospital tempatnya bekerja.

Sumber: The Sun.co.uk

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.