Siakap Keli
Gambar Hiasan(fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA)

Malaysia kecewa dengan kenyataan yang dibuat Pelapor Khas PBB

KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Malaysia menyuarakan rasa kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Berhubung Kemiskinan Tegar dan Hak Asasi Manusia, Prof Philip Alston berhubung pemerhatian awal beliau mengenai kemiskinan dalam negara.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata Malaysia tetap dengan pendiriannya berhubung kadar kemiskinan tegar, yang kini direkodkan pada kadar 0.4 peratus daripada keseluruhan isi rumah pada tahun 2016 atau berjumlah 24,700 isi rumah.

“Kadar kemiskinan ini dikira mengikut standard yang diterima antarabangsa berdasarkan kepada edisi kedua Canberra Group Handbook on Household Income Statistics (2011) yang diterbitkan oleh PBB,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Prof Alston sebelum ini dilaporkan mendakwa Malaysia mempunyai “kemiskinan yang ketara”, dan kadar kemiskinan sebenar adalah kira-kira 15 peratus.

Mohamed Azmin menjelaskan bahawa Garis Pendapatan Kemiskinan (PLI) yang digunakan bagi merumuskan tahap kemiskinan negara, ketika ini diletakkan pada tahap RM980 di peringkat nasional, dan ia dikira berdasarkan kepada keperluan asas bagi isi rumah untuk hidup dengan sihat dan aktif, yakni lebih besar daripada PLI yang disasar dalam Matlamat Pembangunan Mampan 1 pada US$1.25 bagi tiap sehari.

Beliau berkata PLI ini juga ditetapkan tinggi bagi Sabah pada RM1,180 dan Sarawak RM1,020, bagi mengambil kira kos tambahan, seperti pengangkutan.

“Bagaimanapun di peringkat pelaksanaan, terutama dengan bantuan pengagihan, bagi suatu isi rumah PLI turut mengambil kira lokasinya, saiz, dan lain-lain faktor demografi.

“Ini boleh mengakibatkan PLI isirumah yang tinggi berbanding PLI nasional. Oleh itu, bantuan dibentuk berdasarkan kepada keperluan penerima, berdasarkan profil menerusi sistem eKasih yang merupakan inisiatif inovatif oleh kerajaan bagi mengenal pasti kumpulan sasaran yang tepat,” katanya.

Oleh itu Mohamed Azmin berkata kesimpulan yang dibuat oleh Prof Alston bahawa terdapat “kecacatan statistik yang membawa akibat buruk”, tidak boleh diterima dan tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata semasa kerajaan menghargai usaha oleh Pelapor Khas itu dalam meningkatkan kesedaran berhubung isu kemiskinan, ada komen-komen tertentu beliau yang dilihat tidak berasas dan tidak patut.

“Contohnya, dakwaan bahawa “ada sebahagian besar daripada penduduk Malaysia yang bergelut dalam kehidupan dengan akses yang sukar bagi mendapatkan makanan, tempat tinggal, pendidikan dan penjagaan kesihatan” adalah salah dan tersasar jauh, jelas tidak mempunyai bukti impirikal dan prosedur saintifik yang betuk,” katanya.

Mohamed Azmin berkata kerajaan kimited dalam menangani isu kemiskinan serta kekurangan di seluruh rantau serta komuniti, dan memang sedang dengan aspek berkaitan peningkatakan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat Malaysia, terutama kumpulan berpendapatan bawah 40 peratus.

Bagi meningkatkan keberkesanan dalam pembenterasan kemiskinan, beliau berkata kerajaan sedang mengkaji semua methodologi PLI bagi memberikan gambaran lebih jelas berkaitan kos kehidupan semasa.

“Sebagai tambahan, Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI) telah ditampilkan bagi mengukur skop lebih luas berhubung segala kekurangan, melampaui dimensi pendapatan sebagaimana yang diamalkan ketika ini. Indikator MPI juga sedang dikaji bagi memberikan gambaran lebih jelas berkaitan mobiliti sosial isi rumah,” tambahnya.

Mohamed Azmin berkata atas dasar kemanusiaan, kerajaan sentiasa bekerjasama dengan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan rakan kongsinya dalam menyediakan akses kepada keperluan asas, di samping menyediakan peruntukan kemahiran, pendidikan dan penjagaan kesihatan bagi membolehkan para pelarian menjaga diri masing-masing di Malaysia.

Sumber: BERNAMA

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen