Siakap Keli
Kredit: The Nation/Google

“Nak ”Test Drive” Kejap Je”, Kanak-Kanak ‘Curi’ VW Golf Milik Mak, Pecut 140km/j Atas Lebuh Raya

Berlin, Jerman – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dilaporkan mengambil kereta Volkswagen Golf ibu bapanya tanpa izin sebelum memecut kenderaan berkenaan pada kelajuan 140 km/j.

Kanak-kanak tersebut ditemui di salah satu jalan raya menghala ke bandar Dortmund pada pagi Rabu. Dia mengaktifkan isyarat kecemasan dan meletakkan amaran segi tiga di belakang kenderaan tersebut.

Ketika ditemui, dia memberitahu polis, “Saya hanya ingin memandu sebentar,” katanya sebelum menangis.

Sebelum itu, ibu kanak-kanak berkenaan memaklumkan tindakan anaknya kepada pihak polis pada jam 12.25 pagi waktu tempatan.

Pada jam 1.15 pagi, ibunya memberitahu pihak berkuasa bahawa dia telah menemui anaknya di jalanraya berkenaan.

Menurut portal The Nation, kanak-kanak itu menghentikan kenderaan berkenaan kerana berasa ‘kurang sihat’ setelah memandu laju.

Dia dikatakan sering memandu go-karts dan kereta bumper sebelum ini. Tiada kecederaan dan kerosakan harta benda dilaporkan ketika kejadian.

Sumber: The Nation

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.