Siakap Keli
Gambar Hiasan (FOTO: MUHAMMAD HARIRI)

“Penyewa Dari Neraka,” Dakwa Dianiaya Penyewa, Tuan Rumah Kesal Rumah Sewa Jadi Kotor Dan Busuk

Adab sebagai penyewa hendaklah menjaga rumah serta kebersihan luar dan dalam kediaman agar lihat seperti terurus walaupun ia bukan rumah sendiri. Seperti konsep kita meminjam sesuatu daripada orang hendaklah pulangkan dalam keadaan yang cantik.

Tetapi masih ada sesetengah individu yang tidak menjaga kebersihan dalam walaupun luarannya cantik tetapi bila dibongkar sangat jijik.

Seperti mana yang terjadi kepada seorang pengguna Facebook, Muhammad Hariri Nasir yang berkongsi pengalaman tentang bekas penyewanya yang dianggap dari ‘neraka’ itu sangat jijik kerana tidak menjaga kebersihan rumah yang disewa.

Lelaki ini mendakwa dirinya sangat kecil hati dengan bekas penyewa kerana bersikap seperti itu. Paling teruk, sepanjang tinggal di rumah tersebut penyewa dipercayai tidak pernah membayar bil elektrik. Keadaan rumah yang teruk dan busuk yang teramat sangat.

Mujur deposit dua bulan ada lagi pegang. Kita serah rumah untuk disewa elok-elok suci bersih. Lengkap. Mop lantai semuanya.

Tapi sekurang-kurangya rasa tanggungjwab tuh perlu ada. Mujur ada “agreement” sewa rumah sebagai hitam putih. Burn la depositnya.

Bukan itu sahaja, ada sekeping nota ditulis tanpa ada rasa bersalah kerana meninggalkan keadaan rumah seperti itu.

Sebagai penyewa yang berhemah dan ada sikap tanggungjawab, anda jagalah diri dan sikap anda sebagai seorang yang baik luar dan dalam. Jangan malukan diri dengan perbuatan kita sendiri.

Sumber: Muhammad Hariri Nasir

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)