Siakap Keli
Foto: CGTN

(Video) Lelaki Nyaris Rentung, Sempat Keluar Dari Van Tiba-Tiba Terbakar Di Stesen Minyak

Seorang pemandu van mungkin telah mengalami detik paling mencemaskan sepanjang hidupnya apabila kenderaan yang dipandunya itu tiba-tiba terbakar ketika dia berada di dalamnya.

Melihat kepada rakaman video yang didedahkan, api marak secara tiba-tiba di bahagian bawah van tersebut. Lebih mencemaskan lagi, kebakaran itu berlaku di sebuah stesen minyak dan bas itu berada betul-betul berhampiran dengan pam minyak.

Mula cemas dengan apa yang berlaku, lelaki itu mula mencari jalan keluar. Namun, api kian marak di bahagian pintu tempat duduk pemandu sekaligus memaksanya keluar dari pintu bersebelahan.

Sedang dia cuba bergerak keluar, api tiba-tiba menyala di bahagian dalam kenderaan dan mengenai tubuh badannya. Dia kemudiannya melompat keluar daripada vani itu menerusi tingkap.

Pujian harus diberikan kepada salah seorang pekerja di stesen minyak di wilayah Chongqing Municipality, China ini apabila dia pantas memadamkan kebakaran itu sebaik menyedarinya sebelum dibantu oleh pekerja-pekerja lain serta orang awam yang berada berhampiran.

Setakat ini, tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan berpunca dari kejadian yang berlaku pada 20 Ogos ini. Dalam pada itu, kebocoran minyak dikatakan menjadi punca kebakaran ini terjadi.

Sumber: CGTN

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.