Siakap Keli
Gambar: Mirror.Uk

Ibu Terkejut Ada Entiti Seakan Alien Dalam Perut Ketika Buat Imbasan Kehamilan, Takut Anak Dimakan

Seorang ibu muda begitu teruja menantikan kelahiran anak pertamanya. Namun ketika dia melihat imbasan kehamilan, dia amat terkejut apabila mendapati ada entiti asing berada di belakang bayinya itu.

Lebih menakutkan, wanita berkenaan mendakwa entiti itu berbentuk seakan-akan ‘alien’. Wanita itu begitu panik saat ditunjukkan imbasan imej tersebut.

Imbasan itu seolah-olah menunjukkan bahawa anak dia itu mempunyai mata tambahan di bahagian belakannya yang berbentuk seperti mata makhluk asing.

Namun, wanita berpendapat bahawa kemungkinan kandungannya itu kembar walaupun doktor tidak mengesahkannya (mengandung kembar).

Dia turut menambah bahawa dia sememangnya suka menonton filem fiksyen seperti cerita mahkluk asing.

Justeru dia bimbang sekiranya filem itu jadi ‘realiti’ kepada dirinya.

Walaubagaimanapun, setelah empat minggu, ketika pemeriksaan kehamilan dilakukan lagi, doktor mendapati bayi dalam kandungan wanita tersebut hanyalah seorang dan bukannya kembar seperti yang disangka.

Sumber: Mirror.co.uk 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)