Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Mula-mula Keluarga Tak Percaya,” Wanita Kongsi Pengalaman Diserang Anxiety, Sampai Rasa Tak Mahu Hidup

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mungkin bagi manusia normal perasaan risau dan cemas setiap kali nak melakukan sesuatu yang luar pada jangkaan itu dianggap biasa. Tetapi bagi anda yang mengalami masalah cemas yang berlebihan walaupun ia dianggap biasa itu tidak normal dan berkemungkinan anda salah seorang pengidap penyakit anxiety atau kemurungan.

Jika anda salah seorang pesakit ini, dinasihatkan tidak terlalu menerima banyak tekanan dan jangan terlalu obses terlalu bimbang kerana ia akan menjejaskan kesihatan anda.

Anxiety Disorder merupakan satu gangguan yang kebimbangan yang tidak wajar dan termasuk dalam salah satu pesakit mental yang agak serius jika tidak mendapatkan rawatan dengan lebih awal. Bimbang dan ketakutan adalah musuh utama yang tidak dapat dielak.

Seperti pengalaman lepas yang dialami oleh seorang pengguna Facebook, Azie Qay tentang penyakit yang dihadapinya sejak 9 tahun lepas sehinggakan ahli keluarganya tidak percaya tentang kehadiran penyakit ini dalam hidupnya.

Kali ni saya mahu kongsi kisah saya. Dua benda ni saya sudah pernah alami. Sudah bertahun-tahun saya menghidap. Dan dia pandai datang. Kita tak boleh jangka masa Kedatangan dia.

Malam tak dapat tidur. Menangis sendiri. Otak aktif berfikir sampai jam 4 atau 5 pagi berjaga. Banyak benda saya fikir, kadang-kadang saya tidak tau apa yang difikirkan. Kekadang sesak nafas. Nangis meronta-meronta kelemasan macam kena selam dalam air.

 

Ada masa saya rasa saya nak pitam, dan ada masa kadang saya rasa macam orang kelemasan seolah-olah udara tidak cukup. Tapi saya cepat-cepat lawan. Muzik peneman setia.

Pada tahun 2016, pernah berlaku terlalu serius sehinggakan ditahan di wad dan pada masa yang sama saya masih seorang pelajar di sebuah universiti dan perlu habiskan pelajaran untuk konvo pada waktu yang ditetapkan.

Kata pada team SK ketika dihubungi, ahli keluarganya tidak percaya pada awalnya dan menggangap Azie melawak.

Keluarga tak percaya pada mulanya kerana pada luaran saya seorang yang sangat ceria dan suka buat lawak. Selepas saya dimasukkan ke wad dan doktor telah jelaskan kat diorang baru percaya.

Cakap kat Daddy, saya betul sakit. Saya rasa down, rasa macam  tidak mahu hidup, saya rasa. Semua benda tak kena. Saya rasa betul-betul sakit, bukan main-main.

Ibu dan ayah susah nak terima, mungkin waktu itu mereka terkejut dan rasa malu. Namun selepas daripada itu, lama-lama diorang faham. 

Selain ibu bapa, wanita ini juga sering mengadu masalah ini kepada tunangnya. Walaupun sering dianggap untuk minta perhatian, tetapi pada zahirnya dia mengalami masalah yang susah nak fahamkan orang lain.

Bila balik rumah masuk bilik, dunia saya berubah 360 darjah. Kesedihan mula menyelubungi, im breaking down, Saya mula menangis. Tapi saya selalu katakan pada diri saya

“Keep swimming Azie.. Keep swimming”.

Sebagai seorang yang normal, janganlah untuk kita asingkan mereka yang mengalami masalah seperti ini. Ingat, mereka bukan sengaja untuk minta perhatian tetapi selami masalah yang dihadapi oleh mereka.

Jadi, kepada sesetengah orang yang senasib dengan Azie, terbukti bahawa Anxiety ini tidak boleh dikawal dengan berfikiran negatif, daripada situ mereka akan melahirkan rasa gelisah dan resah sehingga mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

Sumber: Azie Qay

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)