Siakap Keli
FOTO: LAURA HART

Bercinta Dan Bernikah Kali Kedua Dengan Suami Sendiri, Isteri Hilang Ingatan Syukur Dapat Suami Setia

Ibarat dalam sebuah novel cerita pasangan Kanada ini walaupun kisah cinta pasangan ini tergendala dengan kisah yang memilukan menimpa dirinya berakhir dengan gembira dan penuh kemanisan rumahtangga.

Detik kemanisan luar biasa ini dikongsikan dalam laman Facebooknya, Laura Hart menceritakan kisah cinta yang berputik semula selepas 9 bulan mengalami perkara terburuk dalam hidupnya.

Pada 9 bulan selepas bernikah, mereka menghadiri sebuah majlis dan kemalangan yang tidak disengajakan berlaku pada wanita ini dimana sebuah tiang jatuh terhempap di kepalanya dan menyebabkan ingatannya hilang.

“Setelah bangun saya akan berfikir bahawa saya berusia 17 tahun dan tidak pernah mengenali siapa Brayden. Ingatan bahawa saya sudah menikahi suami saya pun telah hilang.”

Kesan daripada kemalangan tersebut, dia terpaksa belajar membaca, menulis dan belajar cara cakap semula selama dua tahun selepas daripada kejadian malang tersebut. Dia dikesan kehilangan ingatan untuk jangka panjang dan pendek.

Sejak dari itu juga, dia cuba untuk ingat detik manis bersama suaminya tetapi gagal.  Dia mula menyedari bahawa dia sudah berkahwin walaupun ingatan tidak sembuh 100 peratus.

Laura memutuskan untuk berkenalan semula dengan suaminya, Brayden dan mula untuk menyanyangi semula. Dia lakukan ini kerana melihat kesabaran dan kesetiaanya yang ditunjukan oleh suaminya itu tidak pernah putus.

“Walaupun saya tidak dapat ingat kenangan manis yang terbina dahulu, tetapi pilihan untuk menikahi semula dengan Brayden adalah satu keputusan yang bagus kerana mencintai lelaki yang terlalu setia untukku.”

Walaupun kenangan lama sudah terkubur, tetapi kenangan baru sedang dibina. Manisnya kisah cinta pasangan ini. Semoga hubungan mereka berkekalan.

Sumber: Laura Hart Faganello

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)