Siakap Keli
Gambar Hiasan

Terkini: 13 Negeri Diramal Dilanda Ribut Petir Sehingga Petang

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa 13 buah negeri melibatkan negeri Semenanjung Malaysia dan luar Semenanjung Malaysia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dijangkakan 13 negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan WP Labuan.

Kawasan yang dijangkakan terlibat sehingga jam 4 petang ini adalah Kerian (Perak), Bera, Rompin (Pahang), Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang (Selangor), Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin (Negeri Sembilan).

Sementara itu, kawasan lain yang diramalkan bakal terjejas adalah Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi, Johor Bahru (Johor), Miri, Marudi danĀ  Limbang (Sarawak).

Manakala di Sabah pula, Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort (Pendalaman), Papar, Putatan, Panampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud (Panatai Barat), Sandakan, Kinabatangan dan kudat.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)