Siakap Keli

Wanita Failkan Cerai Kerana Suami Terlalu Rajin Buat Kerja Rumah Tanpa Disuruh, Sering Beri Hadiah & Tak Mahu Bergaduh

 

Seorang wanita di UAE telah memfailkan cerai terhadap suaminya selepas suaminya itu memberikan ‘kasih sayang melampau’ dengan membuat kerja rumah tanpa disuruh serta sering memberikannya hadiah.

Tambahan lagi, wanita itu memberitahu mahkamah shariah di Fujairah bahawa pasangannya itu langsung tidak pernah memarahi atau menengkingnya.

Biarpun bersikap baik sebegitu, wanita berkenaan berkata dia hidup seperti ‘neraka’ kerana ‘layanan yang terlalu baik’ itu, menurut akhbar Khaleej Times.

“Saya dicekik oleh kasih sayangnya yang keterlaluan. Dia juga membantu saya buat kerja rumah tanpa diminta”, kata wanita tersebut dipetik akhbar terbabit.

Menurut laporan lagi, wanita itu mendakwa dia dan suami tidak pernah bergaduh dan suaminya itu juga tidak pernah meninggikan suara sepanjang setahun berkahwin.

Malah, bila wanita itu bising tentang berat badan suaminya, lelaki itu dengan cepat mengamalkan diet dan senaman sehingga menyebabkan dia patah kaki.

Wanita itu menambah” “Saya mahukan pergaduhan (seharian), namun nampaknya ia mustahil dengan adanya suami romantik ini yang sentiasa memaafkan saya dengan hadiah setiap hari”, katanya.

Sumber: Dailymail

Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....

Tambah komen