Siakap Keli
Gambar Hiasan

Wanita Ini Sedih Calon Temu Duga Balas Whatsapp Macam Orang Tak Nak Kerja

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semua orang tahu, sekarang sangat susah untuk dapatkan kerja dalam bidang yang kita minat, tetapi tidak bermakna seseorang itu tidak boleh bekerja diluar dalam bidang kan? Tetapi setiap perbuatan ada adab yang kita perlu tahu terutamanya ketika meminta kerja dan ditawarkan bekerja.

Cara seseorang menjawab soalan atau pertanyaan itu selalunya dititikberatkan oleh majikan sama ada lulus atau tidak.

Apa yang dikongsikan oleh seorang pemilik akaun Facebook, Farhanah Tajurudin selar tindakan seorang remaja yang menjawab pesanan ringkas melalui Whatsapp adalah tidak wajar sebagai bakal pekerja.

Dakwanya, tidak sangka masih ada anak-anak muda sekarang yang akan membalas pesanan seperti ini apabila mereka ditawarkan bekerja pada usia yang muda.

Adik-adik, before applying for job,learn FIRST how to respond to others appropriately and politely. Definitely you fail the first stage of your job application.

Adik-adik, sebelum memohon sesuatu kerja, belajarlah dahulu cara untuk memberi respon yang berhemah kepada orang lain. Sememangnya kamu gagal untuk peringkat pertama mohon pekerjaan ini.

 

FOTO: FARHANAH TAJURUDIN

Situasi ini dapat memberi pengajaran kepada pemuda dan gadis di luar sana agar tidak mengulangi kesilapan semasa memohon pekerjaan.

 

Sumber: Farhanah Tajurudin

Tambah komen