Siakap Keli

Ambulans Tak Mahu Bawa Kerana SOP, Ayah Ini Terpaksa Gendong Jenazah Anak Sendiri Bawa Pulang

Jenazah Muhammad Husein, 8 tahun terpaksa di gendong oleh ayahnya setelah Pusat Kesihatan Masyarakat (Puskesmas) Cikokol di daerah Banten, Indonesia, menolak menghantar jenazah menggunakan ambulans.

Husein merupakan salah satu dari mangsa yang tenggelam di Sungai Cisadane, Tangerang pada petang Jumaat lalu (23 Ogos).

Jenazah Husein dibawa ke Puskesmas Cikokol oleh keluarganya untuk tujuan menghantar jenazah ke tempat pengebumian di Kampung Kelapa Kota Tangerang dengan menggunakan perkhidmatan ambulan Puskesmas.

Namun, seorang petugas di Pusat itu memberitahu bahawa penggunaan van ambulan hanya untuk membawa pesakit. Hal ini sudah menjadi standard prosedur dari perkhidmatan Kesihatan Kota Tangerang.

“Ini merupakan Standard Operating Procedure (SOP) dari Perkhidmatan Kesihatan. Ambulan Puskesmas hanya untuk membawa pesakit,” terang Suryadi.

Lebih kurang 1 jam lebih jenazah Husein terlantar, membuatkan ayahnya sendiri terpaksa bertindak menggendong jenazah anaknya lalu berjalan kaki. Hingga pada akhirnya, seorang warga tempatan melihat kejadian tersebut telah menumpangkan keluarga tersebut bersama jenazah anaknya.

Jenazah, iaitu Husein sebelumnya merupakan salah seorang mangsa yang tidak terselamat kerana lemas di sungai Cisadane ketika mereka sedang mandi. Husein pada awalnya, berniat untuk menyelamatkan rakannya, Fitra, 12 tahun yang lemas hanyut, namun gagal.

Semasa pencarian, jasad Husein ditemui kemudian jasad Fitra yang ditemukan pada jam 11 malam semalam.

Sumber: fakta.indo

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.