Siakap Keli
Foto: NY Times

Helikopter, Pesawat Ringan Bertembung, Dua Kanak-Kanak Antara Yang Terkorban

Sebuah helikopter dan pesawat ringan telah bertembung dalam satu kemalangan udara yang berlaku di Mallorca, Sepanyol.

Dalam insiden yang berlaku pada Ahad, tujuh orang termasuk dua penumpang kanak serta dua lelaki tempatan dilaporkan telah meninggal dunia.

Bangkai pesawat dan helikopter yang terlibat telah terhempas berhampiran kawasan kediaman penduduk di sebuah perkampungan.

Menurut laporan sumber, helikopter berkenaan sedang membawa sebuah keluarga yang dipercayai dari Jerman untuk bersiar-siar melihat kawasan sekitar.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sánchez mengucapkan takziah kepada keluarga semua mangsa yang terlibat. Pemimpin tempatan juga telah mengisytiharkan tempoh berkabung rasmi selama tiga hari.

Sepanyol sebelum ini pernah mengalami beberapa insiden kemalangan udara, namun insiden yang berlaku di Ibiza pada tahun 1972 adalah yang terteruk di mana 102 orang mangsa dilaporkan telah meninggal dunia dalam kejadian itu.

Sumber: NY Times

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.