Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: Hindustan Times)

Ibu Penagih Dadah, Tergamak Suntik Heroin, Bunuh Bayi Sendiri Baru Dilahirkan

Seorang bayi yang baru lahir telah ditemui mati di dalam sebuah treler oleh pihak polis dalam satu kejadian yang berlaku di New Mexico, 17 Ogos lepas.

Menurut laporan media, mayat bayi yang ditemui dalam plastik sampah itu disyaki telah disuntik dengan heroin oleh ibunya sendiri sebelum mayatnya disorok.

Seorang lelaki telah menghubungi pihak polis New Mexico pada Jumaat, 17 Ogos selepas mendapat tahu wanita tersebut tidak lagi mengandung namun tidak mahu memberitahunya lokasi bayi tersebut.

Lelaki yang dipercayai bapa kepada anak tersebut baru pulang dari bercuti ketika mendapati wanita yang sedang hamilkan anaknya itu sudah tidak menunjukkan tanda-tanda kehamilan.

Kawasan penemuan mayat bayi tersebut. (Foto: ABC7/Mirror UK)

Dia memberitahu pihak polis bahawa suspek adalah seorang penagih dadah dan masih meneruskan tabiat buruknya itu ketika sedang hamil.

Dalam pada itu, pihak polis berkata ibu bayi berkenaan berkelakuan mencurigakan dan menunjukkan tanda-tanda pengaruh heroin ketika ditemu-ramah mereka.

“Maklumat yang diberikan suspek(ibu mangsa) tidak konsisten dan tidak masuk akal,” kata wakil pihak polis kepada media.

Siasatan lanjut dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengesahkan punca sebenar kematian sebelum menetapkan tindakan yang seterusnya.

Sumber: Mirror UK

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.