Siakap Keli
Kredit: NASA / Time

Jauh Kat Langit, Ini Mungkin Jenayah Pertama Dilakukan Manusia Di Angkasa Lepas

Inilah yang jadi apabila konflik di bumi dibawa hingga ke angkasa lepas. Seorang angkasawan National Aeronautics and Space Administration (NASA), Anne McClain mungkin menjadi penjenayah pertama yang melakukan salah laku di angkasa.

Anne yang mengalami krisis penceraian dengan pasangannya dikatakan mencuri identiti ketika berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

McClain yang merupakan leftenan kolonel dalam tentera Amerika dan menyertai NASA pada 2013 ketika itu sedang menyertai misi angkasa selama enam bulan apabila bekas pasangannya, Worden, mantan pegawai Perisikan Tentera Udara menyedari keanehan pada akses akaun banknya.

Worden bertemu pegawai bank untuk mengetahui lokasi komputer yang mengakses akaun bank berkenaan dan mendapat tahu komputer tersebut didaftarkan dengan nama NASA.

Berikutan itu, Worden menyuarakan aduan kepada Federal Trade Commission (FTC) dan Pejabat Inspektor General NASA, menuduh McClain mendapatkan akses yang tidak sepatutnya terhadap rekod kewangannya. Walaubagaimanapun menurutnya, tiada transaksi keluar masuk wang ke dalam akaun tersebut berlaku.

Sementara itu, peguam McClain, Rusty Hardin berkata kepada TIME bahawa anak guamnya menafikan dengan tegas salah laku tersebut dan akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan penyiasat. Katanya, McClain hanya ingin memastikan kewangan keluarga tersebut berada dalam keadaan teratur.

Berikutan krisis ini, jurucakap NASA memberitahu mereka tidak mahu mencampuri urusan peribadi, tetapi memuji kerja McClain ketika bekerja dengan mereka.

“Leftenan Kolonel Anne McClain mempunyai karier yang berjaya, menyertai misi pertempuran di Iraq dan salah seorang angkasawan terbaik NASA. Dia melakukan kerja yang mantap dalam misi terbarunya bersama NASA,” kata jurucakap agensi itu, Brandi Dean dalam satu emel seperti tertulis dalam portal TIME.

Sumber: TIME

Arifah

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen