Siakap Keli

“Mereka Bukan Bangsa Mengemis”, Guru Kongsi Sikap Pelajar Gigih Perah Keringat Teruskan Hidup

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kesusahan hidup yang dialami oleh seseorang sudah pastinya akan menyukarkan proses untuk menimba ilmu terutamanya secara formal di sekolah. Apa tidaknya, menimba ilmu di sekolah memerlukan modal yang tinggi seperti membeli baju sekolah, beg sekolah, bayaran yuran dan juga buku-buku latihan. Walaupun begitu, tidak semua masyarakat yang menjadikan perkara ini sebagai penghalang untuk terus menimba ilmu.

Begitulah yang dimaksudkan oleh seorang guru menerusi perkongsian yang dibuat di halaman Facebook mengenai kegigihan seorang pelajar yang tetap bersekolah walaupun diselubungi dengan kesusahan hidup.

Budak ini tetap hadir ke sekolah meski pun bajunya koyak dan carik
Malah dia dan rakan-rakannya tetap hadir dan sanggup duduk di asrama berpisah dengan ibu dan ayah. 
Bila diberi baju baharu mereka terima dengan seadanya. Tanpa menunjukkan reaksi gembira kerana mereka bukan bangsa mengemis. Apa yang ada disyukuri yang memberi dikasihi. Hidup perlu diteruskan. Bangsa di sini bukan sekadar menadah tangan menanti bantuan. Setiap tanah diusahakan dengan bercucuk tanam. Dilubuk mencari udang dan lokan di lautan mencari ikan. Rumah yang lusuh dan buruk tapi tetap di tanah sendiri pusaka keluarga..

Mereka tak pernah menumpang. 
Merantau jauh ke seberang lautan menjadi pekerja pelbagai sektor tak kira berkolar putih mahu pun bergelumang kotor…mereka tetap menyumbang pada PEMBANGUNAN sebuah negara. 
Itulah mereka bangsa yang ku kenali dari mereka menjadi murid mengenal abc sehingga mereka berjaya sebagai insan yang MENJADI. 25 tahun ku tabur bakti dibumi keramat ini. Bangsa SARAWAK ternyata bangsa yang merdeka jiwanya. Bangsa yang gigih memerah keringatnya. Bangsa yang rajin dan bukan PEMALAS. 
Salam Merdeka Ibu Pertiwi.

Cikgu Emmet

Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata warganet gembira dengan usaha guru tersebut dan tidak melepaskan peluang untuk berterima kasih kepada warga pendidik yang bertungkus lumus berkongsikan ilmu kepada generasi-generasi muda.

“Salute you sir”

“Tiada kata yang mampu nak diucapkan”

“Selagi kita tak alami, tak rasai, tak selami makan selagai itu jiwa kita tak insafi nasib orang lain”

Sumber: Cikgu Emmet Menulis

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra