Siakap Keli
Gambar: Food Navigator

Nestle Lancar ‘Starbucks At Home’ Di Malaysia Dan Singapura

Nestle telah melancarkan Starbucks At Home, merupakan rangkaian produk kopi premium yang baharu untuk pengguna Malaysia dan Singapura di unionSPACE, Bangsar pada 23 Ogos lalu.

Ini merupakan pelancaran sulung sejak Nestle dan Starbucks bekerjasama pada Oogos 2018 untuk membentuk ikatan kopi global. Bahkan, ini juga menandakan pertama kali kopi Starbucks dibawa masuk ke kediaman Malaysia dan Singapura.

Rangkaian kopi Starbucks At Home merangkumi 11 produk, termasuk biji kopi serta kopi panggang dan kisar yang dibungkus dan juga Kapsul Starbucks sulung.

Ketua Pasaran Nestle dan Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia, Encik Juan Aranols berkata “Ikatan antara Nestle dan Starbucks menggandingkan tiga jenama ikonik dunia, iaitu Nescafe, Nespresso dan Starbucks yang akan membuka peluang menarik dalam pasaran kopi yang semkain berkembang di Malaysia.”

Rangkaian produk kopi baharu ini termasuk pelbagai kopi adunan dan kopi tanaman tunggal tersendiri Starbucks, serta pilihan minuman klasik seperti Caramel Macchiato dan Cappuccino. Semua produk dihasilkan 100% kopi Arabica bermutu tinggi.

Menerusi rangkaian Starbucks di rumah, pengguna boleh menghasilkan semula nikmat rasa tersendiri Starbucks kegemaran mereka dalam keselesaan rumah sendiri.

Turut hadir bersama Encik Othman Chraibi yang merupakan Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Minuman, Nestle berkata, “Menerusi minat kami terhadap kopi, kami akan terus menggembirakan pelanggan dengan menawarkan pengalaman kopi terbaik di rumah, tempat kerja dan dalam perjalanan.”

Produk kopi Starbucks at Home boleh didapati di laman rasmi Starbucks At Home di Lazada (Malaysia) dan FairPriceOn (Singapura) serta laman web Nescafe Dolce Gusto bermula hari ini.

Eyen Mirlen

write deeply from your heart