Siakap Keli
Kredit: My Sumber

Pembayaran Bantuan Sara Hidup Fasa Ketiga Bermula Rabu Ini

Putrajaya, 26 Ogos – Kementerian Kewangan mengumumkan 28 Ogos sebagai tarikh mula pembayaran Fasa Ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, pembayaran fasa ketiga akan dikreditkan bermula 28 Ogos (Rabu) ini ke akaun penerima berdasarkan maklumat akaun bank yang digunakan semasa fasa kedua BSH.

Peruntukan yang terlibat adalah sebanyak RM 1.23 bilion dan dimanfaatkan hampir 3.6 juta penerima BSH.

Pemberian ini melibatkan pemberian sebanyak RM400 bagi pendapatan bulanan isi rumah bawah RM2000, RM300 bagi mereka yang berpendapatan RM2001 hingga RM 3000 dan RM100 bagi penerima berpendapatan RM3001 hingga RM4000.

Sebelum ini, sebanyak RM2.85 bilion telah disalurkan pada fasa pertama dan kedua, termasuk kadar tambahan sebanyak RM120 untuk setiap anak tanggungan (anak berumur 18 tahun ke bawah atau OKU) bagi keluarga yang mempunyai empat orang anak ke bawah.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 atau emel kepada [email protected]

Sumber: Kementerian Kewangan

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen