Siakap Keli
Kredit: Kompas.com/Google Maps

Presiden Jokowi Umum Kalimantan Timur Sebagai Ibu Negara Baru Indonesia, Ganti Jakarta

Jakarta, 26 Ogos- Presiden Indonesia, Jokowi telah memilih Kutai Kartanegara (Kukar) di Kepulauan Borneo sebagai lokasi ibu kota negara yang baru dari Jakarta ke Kalimantan Timur.

Usaha tersebut merupakan usaha kerajaan Indonesia untuk merealisasikan keadilan dan kesamarataan ekonomi menurut Jokowi seperti dilaporkan media tempatan.

“Ibu negara bukan sekadar identiti kebangsaan, tetapi sebagai simbolik perkembangan negara. Usaha ini demi merealisasikan persamaan dan kesamarataan ekonomi,” katanya.

Menurutnya, pemindahan ibu negara itu memakan kos USD$32.79 bilion bersamaan kira-kira RM137.82 bilion di mana 19 peratus pembiayaan tersebut ditanggung oleh kerajaan manakala selebihnya ditampung daripada hasil pendapatan sektor swasta.

Bandar Jakarta mempunyai kepadatan penduduk seramai lebih 10 juta orang, menyebabkan kesesakan trafik sehingga mengakibatkan kerugian terhadap ekonomi negara berkenaan berjumlah USD$ 7 bilion bersamaan kira-kira RM29.4 bilion setiap tahun.

Selain itu, bandar berkenaan sering disenaraikan sebagai bandar paling tercemar di dunia.

Sumber: Channel News Asia, Kompas.com

Amira

Love yourself.