Siakap Keli
Foto: FB Jonathan Lee

Tak Bertanggungjawab, Video ”Dashcam” Tular Kantoikan Perbuatan Lelaki Buang ”Pampers” Atas Bonet Kereta Orang Lain

“Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar” mungkin adalah peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan satu kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah negara jiran baru-baru ini.

Bezanya, ia adalah berkenaan perbuatan dan bukannya pertuturan. Seorang lelaki telah tertangkap membuang lampin bayi di atas bonet belakang sebuah kereta milik orang lain di kawasan parkir sebuah pasaraya di sana baru-baru ini.

Malangnya, tanpa dia sedari, perbuatannya itu telah dirakam oleh dashcam yang dipasang dalam kereta milik ‘mangsa’. Video rakaman perbuatan itu telah dikongsikan oleh pemilik kereta itu di laman Facebook-nya.

Foto: FB Jonathan Lee

Menurut lelaki dengan nama Jonathan Lee itu, kejadian tersebut berlaku pada 24 Ogos lalu. Dia menulis dalam kiriman video tersebut, “Jika mahu melakukan perkara tak senonoh, pastikan tiada siapa tahu”.

Pelaku dilihat mengambil lampin bayi itu daripada seorang penumpang di dalam kereta, dipercayai isterinya sebelum membuang lampin itu ke atas bonet kereta yang berada di belakangnya.

Tambah Jonathan lagi, “Dalam kes ini, kamu bernasib malang kerana terjumpa saya. Kamu nak terkenal? Mari buat kamu terkenal”.

Jonathan juga memaklumkan bahawa satu laporan telah dibuat kepada Agensi Persikataran Kebangsaan negara tersebut.

Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku, tambahan pula ia terjadi di sebuah pasaraya yang kebiasaannya mempunyai banyak tong sampah. Diharapkan perkara sebegini tidak berlaku di negara kita atau di mana sahaja.

Sumber: FB Jonathan Lee

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.