Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

“Dia Tak Mahu Perempuan Tu Terasa Hati,” Bila Dah Senang ‘Dihalau’, Teman Lelaki Pilih Yang Ada Rupa

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Sekuat mana sekalipun jika kita mencuba, andainya pasangan yang dicintai memilih orang lain, siapalah kita untuk mengubahnya. Mungkin selama ini dia bukanlah jodoh yang ditetapkan tetapi hanya ‘singgah’ untuk memberi pengajaran dalam kehidupan.

Seperti perkongsian oleh seorang wanita apabila kisah cinta yang diharapkan ke jinjang pelamin rupanya kecundang di tengah jalan. Dari lelaki yang dicintai pada awalnya tidak mempunyai apa-apa sehinggalah memiliki segalanya, dia satu-satunya wanita yang menerima seadanya dan menyokong dalam apa jua keadaan tanpa mengira status dan darjat.

Namun akhirnya bukan kesetiaan yang dibalas, tetapi menghancurkan hatinya dengan memilih wanita lain. Ikuti perkongsian seperti di bawah. Moga secebis kisah ini menjadi peringatan untuk kita agar menghargai pasangan yang sanggup bersusah-senang selama ini.

Agak panjang penulisan aku ni, aku nak meluah perasaan yang aku rasa sangat-sangat tak kuat untuk aku tanggung sendiri..

Aku seorang wanita yang berkerjaya, menetap di Johor Bahru.. aku punya perniagaan sendiri dan aku boleh dikatakan datang dari family yang sangat senang.. walaupun begitu aku tak pernah memilih soal jodoh atau pun berkawan.. aku selesa berkawan dengan siapa pun..

Dua tahun perkenalan

Dua tahun lepas aku berkenalan dengan seorang lelaki yang berasal dari Perak. Jujur aku cakap dia seorang lelaki yang aku boleh katakan sangat-sangat naif tentang dunia luar.. hidupnya hanya bekerja untuk keluarga, menyara adik-adik dan ibunya. Sangat-sangat pemalu dan merendah diri..

Pertama kali jumpa dengan dia aku dibawa jumpa family dia dan dari situ juga ibu dia bercerita pasal dia yang sangat-sangat naif dengan dunia luar dan tak mudah nak bergaul dengan orang.. Aku juga wanita pertama yang dia bawa jumpa family dia..

Dari tak ada apa-apa hanya ada motor sampai berkereta

Aku banyak bagi semangat dan sokongan untuk dia.. aku bawak dia jalan-jalan di JB dan teruja melihat air mukanya yang seperti anak kecil baru nak belajar sesuatu.. bayangkan naik lif, tengok movie, shopping itu semua benda baru bagi dia.. dia sangat-sangat menyayangi aku, dari dia tak ada apa-apa hanya ada motor.. aku bagi dorongan ambil lesen kereta dan akhirnya dia berjaya..

Walaupun dia datang dari keluarga yang bukan orang senang, segala apa yang aku minta dia buat dia tak pernah minta aku tanggung dia, ye dia seorang yang berduit sebab selama dia berkerja dia tak pernah kenal dunia luar jadi duit dia simpan dan hanya diguna untuk keperluan keluarga..

Sepanjang aku bercinta dengan dia alhamdullilah dia sangat-sangat pemurah dan tak pernah berkira.. setahun kami kenal banyak perubahan pada dia, dari tak ada apa-apa sampailah dah berkereta.. itu semua atas dorongan aku.. aku sangka panas sampai ke petang rupanya petir di siang hari..

Mula berubah

Setahun lebih aku bahagia dibuai cinta awal bulan 7 tahun ni dia mula berubah..jarang call jarang text.. aku di JB tertanya-tanya kenapa dia berubah sampai tak endahkan aku langsung..

Nekad ke perak

Dua minggu kami berselisih faham aku nekad ke Perak terus ke rumah keluarganya tanpa pengetahuan dia, sampai depan pintu rumahnya aku disambut dengan seorang perempuan yang manis raut wajahnya.. ye seorang perempuan kelantan yang aku tak pernah kenal..

”Awak tetap ibu anggap seperti anak sendiri”

Satu jam aku dalam rumah dia aku belum nampak kelibat lelaki yang aku cari. .kereta motor semua ada di rumah.. hanya ibunya yang melayan aku ..dan selepas 1 jam juga ibunya kata pada aku “apa pun keputusan abang (dia anak sulung) nanti awak tetap ibu anggap seperti anak sendiri..

”Abang dah ada orang lain”

Dari situ aku dah rasa ada yang tak kena.. akhirnya dia muncul dan bawa aku keluar, tangan aku digenggam erat, aku minta dia berterus terang.. “abang dah ada orang lain” ni perkataan yang sangat sakit untuk aku telan, perempuan yang dia baru kenal sebulan tu lah punca dia berubah sekelip mata, seolah tak pernah ada cerita antara kami..

Aku ikhlas terima dia dari tak ada apa-apa sampai ada segalanya

Aku tak tanya kenapa dan apa sebab dia memilih perempuan tu dan kenapa tinggalkan aku.. aku cuma diam dan senyum walaupun air mata aku masa tu mengalir laju.. aku ikhlas terima dia dan ikhlas ubah dia dari seorang yang pendiam pemalu dan tak ada apa-apa sampailah ada segalanya, aku juga ikhlas terima perubahan hati dia..

9 jam perjalanan dari JB ke Perak diminta pulang

9 jam perjalanan aku dari JB ke Perak sendirian semata-mata mencari jawapan, dan hanya 3 jam je aku di rumahnya aku di minta untuk pulang ke JB oleh dia hanya kerana tak mahu perempuan tu terasa hati adanya aku di rumah tu..

Aku akur dan pulang dengan salam yang terakhir.. sepanjang perjalanan aku pulang ke JB aku menangis sepuasnya sambil memandu, sebab aku dah kata dalam hati masuk je JB aku tak nak ingat dah semua cerita aku dengan dia.. tapi aku gagal dan semalam aku dapat tahu dia akan bertunang 31 ogos ni dengan perempuan tu..

Hadir dengan seribu usaha tapi tewas dengan sesuatu dinamakan rupa

Demi Allah aku tak kuat.. aku balik dari Perak bulan 7 hari tu sampailah nak habis bulan 8 ni aku demam on off, baik 2 3 hari aku demam semula, sungguh aku jatuh dan lemah bila terfikir dia.. hanya solat boleh buat aku tenang..

Aku hadir dengan seribu satu macam usaha tapi akhirnya aku tewas dengan sesuatu yang dinamakan rupa.. semoga aku kuat untuk bangun di hari mendatang, doakan aku kuat dalam setiap sujud kalian ..terima kasih.

Sumber : Luahan Orang Bujang

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Tambah komen