Siakap Keli

(Video) “Ibu, Tolong Jangan Mati”, Anak 10 Tahun Merayu, Pembunuhan Wanita Cetus Kemarahan Dunia

Pembunuhan seorang wanita Turki oleh bekas suaminya telah menimbulkan kemarahan bagi rata-rata penduduk negara itu selepas rakaman kejadian itu tular di laman sosial. Lebih memilukan, kejadian tersebut berlaku di hadapan seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai anak kepada pasangan yang telah berpisah itu.

Lanjutan kejadian itu, seorang wanita berusia 38 tahun telah ditikam pada bahagian leher oleh bekas suaminya di dalam sebuah kafe yang terletak di pusat bandar Kirikkale, Anatolian. Pasangan yang telah berpisah itu dikatakan bertemu di kafe tersebut untuk menemukan kanak-kanak perempuan itu dengan bapanya.

Keadaan menjadi kecoh apabila topik perbualan bekas pasangan suami isteri itu beralih kepada hak penjagaan anak mereka. Disebabkan itu, lelaki yang dipercayai bekas suami wanita berkenaan bertindak menikam bahagian leher wanita tersebut. Akibat kecederaan yang dialami, wanita itu telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan namun telah dilaporkan meninggal dunia di hospital.

Lebih menyayat hati, kejadian yang berlaku di hadapan kanak-kanak perempuan itu telah menimbulkan rasa hiba dalam kalangan orang ramai. Perkara ini berikutan kanak-kanak tersebut merayu supaya ibunya tidak mati.

Ibu, tolong jangan mati

Melihat keadaan ibunya yang berlumuran darah akibat tikaman, anak perempuan tersebut menangis teresak-esak dan meminta agar ibunya tidak meninggalkan dirinya. Mendengarkan rayuan anaknya itu, perempuan berkenaan menjerit kepada anaknya yang berumur 10 tahun  bahawa dia tidak mahu mati.

Ibu tidak mahu mati lagi

Walau bagaimanapun, kejadian itu telah menerima kutukan daripada pelbagai pihak terutamanya di Turki. Malah, Menteri Keadilan, Abdulhamit Gul serta beberapa selebriti dan kelab bola sepak juga mengutuk perbuatan pembunuhan itu. Mereka turut mengharapkan pembunuh itu dihukum dengan hukuman yang setimpal.

Sumber: Dailymail.co.uk

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra