Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

12 Tahun Penantian Untuk Kahwin Musnah, Gadis Titip Ucapan, ‘Terima Kasih Perampas’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jodoh pertemuan di tangan tuhan. Sekuat mana pun kita merancang, sekiranya hubungan yang dibina bertahun lamanya tetap jua putus di tengah jalan, mahu atau tidak kita perlu redha dengan apa yang berlaku. Anggap sahaja bukan jodoh tetapi hanya singgah untuk meberi pengajaran dalam hidup ini.

Seperti perkongsian oleh seorang gadis yang tular di laman sosial mengenai hubungannya yang retak di tengah jalan. Bukan setahun dua perkenalan, tetapi sudah menjangkau 12 tahun lamanya. Malah, mereka juga sudah bertunang menandakan seriusnya hubungan yang sudah dibina. Tetapi, harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Hubungan tersebut akhirnya kecundang kerana orang ketiga. Nampaknya seperti ‘kecurangan’ sudah menjadi kes kebiasaan runtuhnya setiap hubungan. Moga kisah ini menjadi peringatan kepada semua agar menghargai pasangan yang sanggup bersusah-senang bersama anda selama ini.

TERIMA KASIH PERAMPAS

24.12.2017 tarikh pertunangan kami setelah 12 tahun perkenalan sehingga sekarang. Alhamdulillah selesai juga hajat dan impian kami. Siapa yang tak bahagia bila kedua belah pihak keluarga dah bersetuju dan memberi restu. Saya dan family dia memang ngam, macam family sendiri. Kami kenal pun dah lama.  Bersyukur sebab dapat ahli keluarga macam ni.

Gambar sekadar hiasan

Dugaan mendatang. Ya memang banyak dugaan yang saya lalui sebelum dan selepas bertunang tapi saya tetap sabar dan lalui macam biasa. (sekarang saya dah tahu punca dugaan tersebut)

12 tahun penantian musnah

12 tahun penantian musnah macam itu sahaja disebabkan orang ketiga. ya! siapa sangka orang yang saya tunggu dengan penuh kesabaran berubah sekelip mata. Katanya sidia hanya kawan. Setelah terlerai penipuan dengan beberapa bukti barulah saya dapat ketahui kenalan yang dikatakan rapat baru beberapa bulan itu adalah kekasihnya walaupun ketika itu dia masih tunang saya.

Apa tidak cukup satu?? mana janji kau untuk mengahwiniku. Selama ini saya bersungguh demi kita. Saya sentiasa memberi dia peluang. Manakan tidak air berkocak kalau tiada orang yang membaling batu.

Sungguh tak sangka, orang yang saya percaya, saya sayangi membuang saya begitu sahaja demi perempuan tersebut. Memang saya akui ada pasang surut hubungan kami. Tapi saya setia bersama dia walaupun kami pernah putus dan sambung balik. Daripada dia kerja biasa biasa sehingga menjadi ATM.

Segala jasa dan bantuan tidak diingat

Nak kata perhabis duit ya memang banyak saya habiskan duit untuk dia, pelik bukan? sepatutnya dia yang berhabis duit untuk saya, bukan nak memburukkan tapi biar dia ingat segala jasa dan bantuan yang saya berikan sepanjang perkenalan kami. Bukan sedikit tapi beribu.

Kalau benda ni tak jadi mungkin saya tak berniat nak buka cerita, tapi bila saya mintak segala hutang saya padanya dia cuba menafikan dan seperti tak berniat nak pulangkan. Saya ralat, segala perbelanjaan pertunangan kami saya yang beli segala persiapan seperti cincin tunang, hantaran dan sebagainya disebabkan sayang dan kesian gajinya lebih kecil berbanding saya tapi takpelah sayang kan.

Semudah ”anggap sahaja tiada jodoh”

Paling saya terkesan bila pihak sana mahu memutuskan pertunangan tanpa call atau datang sebagai tanda pengakhiran hubungan kami seperti mana mereka datang pada hari pertunangan kami.

Gambar sekadar hiasan

Saya pulak yang terhegeh call bertanyakan tentang hubungan kami berdua kepada emaknya dan jawapannya begitu mudah “mintak putus anggap jela takda jodoh” tanpa tanya sebab kenapa atau apa-apa yang terjadi antara kami. Kecewa, itu je mampu diungkapkan.

Perjanjian pertunangan kami sepatutnya dalam masa setahun, tapi bila tanya pada dia, dia cuma jawab nanti. Bila tanya “bila nak confirm date kahwin?” dia selalu jawab sambil lewa/duit takda lagi.. saya cuma positive dan terus bekerja seperti biasa uruskan persediaan majlis perkahwinan kami..

Lama kelamaan dia semakin berubah dan pelbagai perangai buruk dia keluar satu demi satu selepas menjadi ATM. Saya kecewa.. tetap setia walaupun pelbagai yang saya hadapi, saya down dan rasa bagai mahu bunuh diri dan seperti hilang pedoman.

Semoga bekas tunang dapat petunjuk

Paling perit bila ada perempuan whatsApp saya jangan ganggu tunang saya, (padahal dia dah ada aku, aku ni tunang dia) macam-macam la chat saya dengan perempuan tu. (masih lagi simpan) Tak tahu apa muslihat perempuan tu.

Itu pun tak sangka banyak kali diorang keluar. Duit gaji habis buat dia je la (takda duit mintak saya) Untuk pengetahuan perempuan ni dah pun bertunang juga ya. ATM juga tetapi unit berkuda.

Semoga bekas tunang saya dapat hidayah dan petunjuk. Berharap sangat dia akan berubah. Kerja mulia tapi perangai tak molek. Jangan la gunakan pekerjaan tu untuk suka-suka berzina dengan perempuan kat luar sana.

Berakhir kisah hidup menjadi tunang seorang askar

Berakhir la kisah hidup menjadi tunang seorang askar. Kepada lelaki di luar sana. Tolong la jadi seorang yang bertanggungjawab. Kalau dah tak nak hubungan tu, beritahu pada keluarga. Pulangkan semula macam mana kau ambil dia dulu.

Kepada Cik, kalau betul you perempuan bermaruah dan berpelajaran, you takkan cakap dan buat macam ni.. mirror yourself first before interupt orang lain punya masalah. Kau sedar tak apa kau buat?? Kau tunang orang, tapi kau kacau tunang orang lain pula, shame on you beb! kita sama sama perempuan.

Suatu hari nanti kau akan tahu juga apa yang aku rasa. Mungkin hari ini hari aku. Esok lusa Allah balas pada kau juga. Dunia berputar. Doa orang dianayai ini makbul. Allah tahu apa aku alami.. Allah tahu apa yang terjadi.. Aku pertahan sebab aku sayang hubungan ni. Tapi kalau ini takdir Allah tetapkan, always aku redha..

Cuma satu.. aku nak hak aku.. tolong pesan dekat bakal future husband kau tu.. sebelum nak kahwin dengan kau.. bayar dulu duit aku.. takkan kau nak kahwin dengan orang yang berhutang pula.. jangan nak berdalih ya. Dulu punya gah nak pertahankan. Now tolonglah settlekan hal ni pula.

Sumber : Ryna Aziz

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra