Siakap Keli
Gambar : Metro UK

Ajaib, 11 Tahun Hilang, Kucing Ini Kembali Semula Ke Pangkuan Tuannya

Harapan seorang wanita yang tidak pernah berputus asa untuk berjumpa semula dengan kucingnya yang hilang akhirnya tertunai setelah 11 tahun. Pelik tapi ianya merupakan kejadian yang benar terjadi.

Kucing tersebut yang diberi nama Tiger pulang ke pangkuan tuannya Maggie Welz dari New York selepas staf penyelamat haiwan yang menjumpai kucing berkenaan menggunakan pengimbas mikrocip untuk menjejaki pemiliknya.

Difahamkan, Tiger hilang selepas keluar melalui pintu rumah Maggie yang dibiarkan terbuka.

Gambar : Metro UK

Biarpun Maggie dan keluarganya telah berpindah ke apartmen lain, dia sentiasa berharap kucingnya yang hilang itu akan kembali semula suatu hari nanti.

Selain berusaha mencari, dia juga meminta jiran lamanya agar memaklumkan sekiranya ternampak Tiger yang berkemungkinan pulang ke rumah.

Walau bagaimanapun, seorang staf penyelamat haiwan yang bekerja untuk badan amal penyelamat haiwan SPCA berjaya mengesan pemilik Tiger menerusi imbasan mikrocip pada kucing itu.

Gambar : Metro UK

Ketika ditemukan semula bersama Tiger, Maggie terpaksa bekerja keras bagi memperoleh semula kepercayaan Tiger yang ‘trauma’ kerana hilang dalam tempoh yang lama.

”Saya begitu berterima kasih kepada SPCA kerana kewujudan dan sikap dedikasi mereka bagi memastikan kucing kami selamat.

”Saya tidak dapat bayangkan di mana Tiger berada dalam tempoh bertahun-tahun ini, saya pasti kalau dia boleh bercakap dia akan banyak bercerita.

”Paling penting dia sekarang berada di rumah bersama kami dan akan bersama kami sekeluarga sehingga ke akhir hayatnya” kata Maggie.

Sumber : Metro UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra