Siakap Keli
Gambar Hiasan

Awas, Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Sehingga Sabtu Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia petang tadi telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora yang turut melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman Twitter Jabatan Meteorologi Malaysia, dijangkakan kategori pertama bagi angin kencang barat daya berlaku dikawasan perairan utara Selat Melaka Utara, Samui, Tioman, selatan Condore, Bunguran, selatan Reef North, selatan Palawan, Labuan, utara Sulu, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sabah Barat dan Sabah Timur sehingga hari Sabtu, 31 Ogos 2019.

Bagi kategori kedua dan ketiga pula, dijangkakan angin kencang barat daya akan melanda di kawasan perairan barat Phuket, timur laut Condore dan utara Reef North sehingga Sabtu, 31 Ogos 2019.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Keadaan laut bergelora bagi kategori pertama dijangka ada kelajuan 40-50 Kmsj dengan ketinggian ombak 2.3-3.5 meter manakala bagi kategori kedua pula ialah 50-60 Kmsj dengan ketinggian ombak 3.5-4.5 meter.

Bagi kategori ketiga ia akan melebihi 60 Kmsj, ketinggian ombak yang dijangka ialah melebih 4.5 meter bersamaan 15.0 kaki.

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati melakukan aktiviti berhampiran pantai atau laut bagi mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra