Siakap Keli
Gambar Bernama

(Gambar) Kemalangan Empat Buah Kenderaan, Tiga Maut, Tong Gas Bertaburan Di Atas Jalan Akibatkan Kesesakan

Seremban – Kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di KM269.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dari Bandar Ainsdale ke Nilai telah meragut tiga nyawa semalam.

Kejadian yang berlaku berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Seremban kira-kira jam 10 malam semalam telah melibatkan dua buah lori termasuk sebuah lori dengan muatan tong gas dan dua buah motosikal.

“Setakat ini tiga dilaporkan maut, termasuk dua penunggang dan pembonceng motosikal, dan pemandu lori tong gas. Butiran mangsa yang maut sedang diperoleh,” kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan Supt Ibrahim Mohd Abdul Kadir.

“Kemalangan turut mengakibatkan tong gas yang dibawa lori berkenaan bertaburan di atas jalan raya,” tambahnya dalam satu kenyatan di sini, semalam.

Menurut laporan oleh Plusline di laman Twitternya, kemalangan tersebut telah menyebabkan kesemua lorong ditutup serta menyebabkan kesesakan sepanjang empat kilometer dari lokasi kejadian.

Gambar: Bernama
Kemalangan mengakibatkan tong gas bertaburan di atas jalan. (Gambar: Bernama)
Gambar: Bernama
Gambar: Bernama

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.