Siakap Keli

Hutang Punya Pasal, Isteri Tergamak Upah ”Hitman” Bunuh, Bakar Suami Dan Anak Tiri Dalam Kereta

Dilaporkan, dua mayat ditemukan dalam sebuah kereta terbakar di Sukabumi, Jawa Barat Indonesia pada Ahad lalu (25 Ogos).

Penduduk tempatan yang terkejut melihat kejadian tersebut telah melaporkan kepada pihak polis. Dipercayai penduduk juga melihat terdapat mayat di dalam kereta yang terbakar.

Hasil dari analisis polis, kedua mayat didakwa merupakan mangsa pembunuhan yang dilakukan beberapa hari lalu. Hal ini diyakini kerana mereka melihat keadaan mayat yang sudah membusuk.

Mangsa merupakan suami dan anak tiri kepada suspek, iaitu Edi Chandra Purnama @ Pupung Sadili, berusia 54 tahun dan M Adi Pradana @ Dana berusia 23 tahun.

Tindakan membakar suami dan anak tiri dalam kereta adalah untuk menghapuskan bukti oleh suspek, namun gagal.

Suspek juga dipercayai telah membayar pembunuh upahan untuk membunuh suami dan anak tirinya itu.

Polis telah menangkap suspek berusia 35 tahun yang didakwa menjadi dalang disebalik pembunuhan dua beranak tersebut pada Isnin lalu, (26 Ogos) di Jakarta.

Suspek memberitahu alasannya melakukan tindakan membunuh kedua beranak tersebut kerana dibebani dengan masalah hutang dan juga masalah rumah tangga.

Sumber: Tribunnews

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.